RSS

Monday, 24 August 2009

Chori2 meh makan coki2.

Ola! Salam semua. Macam biasa la, aku malas nak update blog aku. Tp silent reader aku tlh berbunyik suruh aku update. So, aku dgn berbesar hatinye update utk die tersayang. hehehe. I lap u la. Tu la u, baca diam2, kan I taktau. heh. Alhamdulillah dah balik dari bercuti. My family pon dah selamat pulang ke Malaysia. Skarang aku rasa rindu. Sabar zati sbr, 3 bulan lebih jer lagi. Hoyeaah!! 

Aku bawak mak, bapak, abg n akak aku jalan2 rata2. Ye kawan2, jalan2 ye. Iaitu berjalan kaki. Hebat tak mak aku? Kalo korang bejalan 1 meter dah mengeluh agaknye bole malu dgn mak aku kot. hoho. Kitorang round2 Plymouth, Cardiff, London, Nottingham, Manchester, Ireland, Paris and Geneva. Ye again aku ke Paris utk ke dua kalinya. Akak aku tu nak sgt ke Paris. Nah ambik ko. Last2 die ckp tak best. Ha tau pon. Alhamdulillah perjalanan semua ok kecuali kepanasan yg agak panas. Bkn aku sorang je ye yg ckp panas, my family pon ckp panas. So aku bkn mengada2 ye. huhu. Disebabkan aku ke Paris utk kedua kalinya, aku make sure this time aku cover tempat2 yg aku tak pegi last year. So Arc de Triumphe, Notre Dame and Pompidou centre pon dah sampai. So complete akunye Paris tour. 

Masa dr Geneva ke London, check-in luggage mak aku pulak hilang. Miss kat mana2 kot. Dah la 7 jam lepas tu diorg dah nk balik Malaysia. Kalau nk tunggu tak guna kot sbb ktrg kena rushing pegi Stansted pulak. Kecewa aku sbg ketua rombongan. Sourvenir byk kot dlm tu termasuk kasut aku. huahua. Tapi alhamdulillah beg tu telah selamat sampai ke Malaysia. Aku suruh diorg hantar gi balek Perlis.

Setahun lebih aku tak jumpa diorg. Akak aku yg kurus kering dl pon dah makin bertambah isi. Hoho. Abg aku yg kering, still kering smpai sekarang. Isk sian. Bapak plak makin suke beckp. hehehe. Mak plak mcm mak la. Terubat rindu. Drpd aku tak homesick trus aku homesick right after diorang balek. Rindu nak betekak ngn akak aku. haha. Okeh bebeh. Nanti gambar aku letak berperingkat. Byk sgt utk diletakkan dlm satu post. Till we meet again. Tata. Anyway, selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh umat Islam. Sape tak posa tak leh raya. Opss, kalo camtu aku la antara orang2 nye. haha. Oh rindu bazar Ramadhan! Rindu sup daging kat kedai nasi terbang!

Thursday, 6 August 2009

Dari kampung Robin Hood.

Quick update from Nottingham at abg pojan's house. My family safely arrived here last Sunday. So been busy bawak them jalan2 until my mom lenguh2 badan la. Will update soon when I have time. Till we meet again. Haha aku rasa poyo. Selamat bercuti kawan2. Balik nanti mampos aku perah otak buat dissy. huahuahua.

Sunday, 2 August 2009

Abracadabra, phiussshhh!!

Penat rupanye mengemas utk shipping. Time shopping takde la aku rs penat camni. Haish. Masa kemas2 rasa macam dah taknak beli pape lepas nie sbb penat sgt mengemas. Tp aku tau itu hanya sementara. Penat ni hilang, sepantas kilat aku bli barang baru. Wohoooo. Pompuan oh pompuan. Aku kena tag dgn anjuthensemgiler. Aku men tag2 ni smbil merenung barang2 yg berterabur atas lantai dan menyebut abracadabra dgn harapan barang2 tu dgn magiknya masuk kotak. Sekali masuk betol, mau melompong aku lalu demam sebulan.


Cerita pasal buku autobiografi. Dulu aku panggil buku biodata. Sampai sekarang ada lagi 2 buah buku biodata aku. Kalo aku tgk balek, mesti berdekah aku gelak. Lawak weh. Ada tu kwn aku siap tulis orang yg diminati tp lepas tu letak 'rahsia'. Ape kejadahnya. Dah nk bgtau, bgtau la wei. hahaha. Lawak2. Aku tak sepoyo camtu sbb aku jaga harga diri beb. hahaha. Ceh! Time nak bg org buat biodata tu pon pilih org gak. Sape buat tak cantik tak dilayan. Jahatkan. Isk aku rasa kejam. Meh kite tgk biodata aku time aku dah berumur nie.


HI, WELCOME TO MY BIODATA (ni ayat aku atas page b4 nk tulis biodata. haha)
Dgn anak sedara aku, Fatihah comel kat Land's end.


Nama :  Nur Izzati MJ

Nama Pangilan : Zati MJ, Nur, Izzati, Si cantek (kahkah percayalah!) 

Tarikh lahir : 6 Oktober 1987 (Besday taun ni blom lepas, sila notice ye tarikh nie. hee)

Tempat lahir : Dalam rumah aku kat Perlis. Aku tak lahir kat hospital. Bapak aku sambut. Tipu jer. Tuk bidan la sambut. Bapak aku jadi pom-pom boy cheers mak aku. haha

Status : Belum berkahwin dan akan berkahwin semestinya. Gatal je bunyik.

Hobi : Berjalan, memasak, bermain2, tido.


Makanan kegemaran : Semua aku telan. No hal nye.

Minuman kegemaran : Air kordial aku amek secara percuma kat hospital.

Cita- cita : Nak jadi jutawan. Besarkan cita2 aku. heh.

Pengalaman buruk :Yang buruk2 sahaja. haha. Ntahla. Takat putus cinta tu, aku rs takde la buruk sgt sbb pastu leh carik boypren laen. huahua.


Pengalaman manis :Jatuh cinta. Best jatuh cinta. Org kata dunia ini kite yg empunya. I lap u, U lap me, sama2 jadi kain lap meja. Aku nak jatuh cinta lagi la.

Perkara yang disukai : Disayangi, diberi perhatian, dimanjai (err...). Aku suke termenung tanpa melakukan apa2, tido, membuang masa, jalan2 tgk barang2 kat mall n tgk2 jam dah abis 2,3 jam.


Perkara yang tak disukai : Belajar, stress, dipaksa.


Adakah anda berpuas hati dengan apa yang anda ada? : Tak puas. Biasalah manusia, orang kasik betis nak peha. Allah kasik peha ko besar taknak plak. heh.  Aku bersyukur dgn ape yg ada. Tenung balek org2 yg laen, byk yg diorg kurang dr aku. So shut up. Dok diam2.

Harapan : Semoga Allah rahmati hidupku dan jugak melindungi orang2 yang aku sayang. Semoga aku sentiasa bersyukur dgn apa yang ada dan tak riak. Semoga dikurniakan tubuh badan yg sihat. Amin.

Aku nak tag org. Tp aku mengantuk sgt nak pikir sape. Sape2 rajin sila la buat. hee.