RSS

Monday, 29 December 2008

Of Mak, Bapak and Abg

Sekarang mak bapak aku dah pandai berchatting di YM. Sejak abg Wan pasangkan wireless. Ari2 aku tgk depa online. hehe. So aku takyah call umah lagi. Maen tulis2 kat ym ja. Tapi dua tiga minggu lepas, depa jarang online sbb cucu2 ada kat rumah, so lupa la kejap anak depa neh. huhu. Byk yg disembangkan. Seperti biasa sembang dengan mak mesti pasal resepi. Ni antara quote2 drpd mak aku yg memberi motivasi utk aku terus memasak (ceh bunyi cam aku chef ja),

"tapi mak suka sbb adik byk belajar memasak"
"masak ni kena ada pengalaman sbb bel melalui silap.nnt boleh pelbagai masakan tu"
"mak bangga ank2 mak pandai masak"


Oh yeah! Lagi syok aku nak cuba mcm2 resepi pasni. Pastu dah mak sarapan, bapak plak ganti tempat mak. Dan macam biasa la aku mesti tnya bile depa nak mai sini. N ni jawapan drpd bapak aku,

"Bapak cadang nak p juga ke UK tapi masalahnya ada seorang lagi di rumah ni,dia tengah nak tunggu kerja di PLKN, kalau dah confirm dia dapat kerja bolehlah bapak & mak buat keputusan, OK."


Cpat2 ke mari, rindu sudah sama mak bapak aku ni. Tmbah2 bila bapak pesan kat aku,

"OK lah bapak nak pi tebas rumput, mak dah abis makan dia ada depan komputer sembang balik dgn mak. Bye, Bye see U again have a good luck and study hard strive for excellence, you are our last and beloved child."


Maken la rindu aku membuak. Aku copy paste diorg punye quotation ni. Mak aku slalu gelakkan bapak aku sbb bapak aku sll tulis in full. Tgk la, siap punctuation semua btol. Siap ada koma, huruf besar dan ejaan yg betul. Mak aku plak cool je tulis/sms style anak2 dia. Tp kadang2 short form mak aku tak kena sampai aku kena tnya balek ape dia. Mcm kat atas tu belajar jadi bel. hehe. Takpe2, mak memang cool. hee.

Anyway, nak wish my eldest brother HAPPY BIRTHDAY!! Dah makin berumur ye abg? Bila nak belanja adik lagi? hee. Semoga dimurahkan rezeki dan dikurniakan anak lagi. Dptlah adik anak sedara lagi dan lagi. Nak hadiah silalah turun Plymouth. Semoga Allah mudahkan segala urusan. =) Slalu2 la contact mak n bapak di Perlis sana. Diorg dah pandai chatting. BUZZ je kat ym tu. Depa bosan duk 2 org tu. hee

Masa di Nottingham games ari tu. Muka ktrg mmg sama. Sbb ktrg adek bradik. Ape daa.

Sunday, 28 December 2008

Chaos in me.

Been to debenhams for shopping. Didnt bring vouchers so that I can save up till 10 pounds. Haish.

Baked kueh lapis n it turned out jadi tak sedap. Feel like dont want to bake anymore.

Went to work during Christmas Day. It's public holiday actually but i didnt know that i dont have to go to work. Went to changing room and get dress. When entered the room, they (supervisors) asked me why i came to work. I was like, "Oh malunye!!".

After the incident, got change quickly without realizing my watch in the work dress. I left my watch in the unlock locker.

Baked another dish. I didnt read the recipe properly and just put everything according to my own recipe. Went to my room to double check the recipe, luckily i didnt alter too much. Haish. 

Calculating for tiku and i did mistake.

Pimples on my face. Tiba2 je naek. Tension2!

Woke up this morning, heard the wind roughly blew. It must be cold outside. Continue sleeping. Walking to work in this low temperature? Nahhh..not for me.

I feel i need to muhasabah diri. Lots of things seem not right with me. I'm not the one who really pelupa, pemalas and not systematic. Maybe ade la skit2. But everytime i do something, i'll make sure everything is alright so i wont regret later. Ape ntah otak aku pikir lately smpai semua tak jadi. Haish. Smgt rajin datanglah! Oh lupa, nyah kau dr idup aku!

Friday, 26 December 2008

Aku sebuah robot.

aku nak jadi robot la.
robot takde perasaan.
robot angguk2 geleng2 je.
kan senang?

Wednesday, 24 December 2008

U r talking like u r writing an essay.

Talking to my mate at work. Here it goes the conversation.

ME:Yeah, u must accept the fact.
HIM:What? accept the fact? u guys really talk in that formal way.
ME:Then, wat am i suppose to say, erm in your version.
HIM:Just say, u must dig it.
ME:What?
HIM:Yeah, "dig it". Not "accept the fact". U and Hana really talk in very formal way. Siblings, mother father.
ME:Then wat u'll say for siblings and all tat?
HIM:I'll just say brothers, sisters, mom and dad. That's all. I wont say siblings. It's too formal.

and the conversation continues in formal and informal choice of words. Affected by lots of writing essays and assignments kot. =)

Velvet Fingertips

Found this song from kak hani's blog few weeks ago. Heard it for the first time n wat more can i say, I love Chris Cendana. He's cute though *giggle. Then watch all the songs that he sings in you tube. But no lyrics. Spending my whole night listen to him singing n try to get the lyrics. Oh i love Velvet Fingertips. Yubi refuses to play guitar for me to sing (walopon suara aku cam katak, aku ttp nk nyanyi). Hurm anyone, play guitar for me pls? =P

Watch Chris sings Velvet Fingertips here.

Tuesday, 23 December 2008

Katak keluar dr tempurung.

Punye lah lama aku tak baca berita. Berita dunia mahupun Malaysia. Antara berita best minggu lepas yg menangkap perhatian aku,

Bush dibaling kasut oleh journalist Iraq, al-Zaidi masa sidang akhbar dengan perdana menteri Nuri al-Maliki di Baghdad sambil melaungkan, "This is farewell...you dog!". Kasut Model 271 trus jadi femes dan mendpt tempahan yg mendadak.
-haha sian Bush. Die kena baling dua2 belah kasut lagi. Tapi dua2 die dapat mengelak. Tindakan refleks yg pantas. Isk al-Zaidi ni pun satu, b4 baling tu gi la praktis tuju kasut dl. Aim btol2 kat batang idung Bush. Ni satu pun tak kena. Hampeh! 

Mawi dan Ekin kahwin.

-aku bkn lah peminat artis2 ini mahupun artis2 yg lain. Die nak kawen ke ape ke, gaduh ape aku. haha. No comment. Moga jodoh berkekalan la hendaknya.

Wabak Chikungunya. Dibawa oleh nyamuk aedes. Symptom yg lebih kurang sama dgn demam denggi iaitu demam, sakit sendi, insomnia, sakit kepala teramat dll. 
-Alhamdulillah sini takde nyamuk sekor pon. Tingat zmn kat Ipba time nyamuk byk smpaikan pukul nyamuk n terpercik darah kat sarung bantal. Kenyang nyamuk2 tu telan darah aku. huhu

Datuk Bandar plg rajin di dunia. Kerja sampai lewat mlm n kdg2 smpai pagi. Majlis bandar raya di California sampaikan terpaksa buat perintah berkurung bg Datuk Bandar tu balik rumah b4 kul 11pm. 
-haha. Ramai yg mkn gaji buta tp yg ni terlebih rajin pulak sampaikan takmo balek umah. Ntah2 die ade affair ngn setiausaha die kot. haha. Haish macam2. Dunia2.

Perogol Noor Suzaily sudah jalani hukuman gantung.

-Innalillah. Ikut nafsu, binasa badan.

Aidil dan Rita sudah berkahwin 10 bulan lebih di selatan Thailand.
-Haish dlm byk2 tempat g Thailand jgk kawen. Tau la Rita tu org Pelis. huhu. Kawen snyap2 plak tu. Sape nak bet diorg bertahan smpai ble? Meh bgtau aku. Tp ape pon aku doakn diorg bahagia. Tp igtlah redha ibu bapa menjamin kebahagiaan kite. Allahua'lam.

7 pilihan ajar Sains, Matematik di sekolah.
-Igt ke da abes debate pasal Etems nie. Kerajaan diberi 7 pilihan pasal Sains n Maths di sekolah. So far, still mcm lama shg keputusan diberitahu. Jgn la rombak mengejut. Kesian cikgu2. Sy faham perasaan mereka. huhu

Ini jer la kot yg macam best. Last2 aku tersangkut tgk Sehati Berdansa kat You Tube. Stop trus baca paper kat bharian. Dah pukul 3.30am. Tdo dl. Nite!
p/s-aku bkn seekor katak laie. hee

Saturday, 20 December 2008

Nak tegur ke tak e?

Ketinggian: lebih kurang tinggi aku.
Jantina: Lelaki.
Rambut: sama kaler, iaitu hitam.
Bangsa: Itu kurang pasti.
Warna kulit: tak sure la sbb mlm.
Lain2: Bercermin mata.
Usia: Ha yg ni pun tak sure sbb mlm, xclear sgt.
Kenderaan: Proton iswara putih.

nak tegur ke tak e?
dari hari Isnin lg.
time aku g keje die pon turun dr kete.
die pon g hospital tmpat aku keje tu.
tiku ckp suh tgur. 
tp segan la.
smalam dah siap jln sbelah die laie.
tp laju je aku potong die.
tp nk tau sgt die sape.
next week mintak2 la aku dpt courage nk tegur die.

p/s-aku bkn gatal ok!

Tuesday, 16 December 2008

Cerita kosong.

Skrg cuti. Rutin hari2 tak berubah.
Aku g keje, Tiku masih d rumah.
Tiku g keje, aku balek rumah.
Aku bgn pagi, Tiku masih tidur.
Student Village pun lengang.
Margaret pun smakin malas. 
Cik Yan datang ari tu dgn safiah n suraya.
Kasik stok coklat yg byk.
Bertambah bulatlah Tiku dan Zati.
Meriah sket rumah nie diorg ade.
Ktrg borak2 sampai pagi.
Esoknye jalan2 bandar Plymouth.
Snap 2,3 gambar jer sbbnye malas nak kuarkan tgn dr poket.
sejuk woo!
Cantik jgk Plymouth ni rupanya =)
The Pigeons
Close up
Masih cerah.
Sun set

Saturday, 13 December 2008

Netball ke Badminton?

aku tak penah terfikir pun nak maen other sports other than netball. Sebabnya, dari darjah 4 lagi aku main netball. Sampailah besar gini. kalau kira2 dah 11 tahun dah la netball tu sebati ngn hidup aku. Tiba2 mai Marjon ni, boleh plak aku masuk badminton. Badminton ngn Netball byk perbezaan n persamaan. Kadang2 susah aku nak adapt, tp aku try. sy budak br blaja, kalo slh korang pukul (pukul bulu tangkis dah la). Dalam beberapa bulan aku maen ni, aku boleh la listkan sket2 perbezaan n persamaan dua2 games ni dr pndangn aku. tmbah2 bab2 yg aku susah nak adapt tu.  Tp kalo nak seribu daya, kalo taknak byk la alasan aku kasik nnt.

PERBEZAAN

Netball-pakai bola yang besar dan jelas nampak.
Badminton-pakai bola yang agak kecik dan kadang2 tak jelas dek pandangan sbb kaler yg putih.

Netball-aku baling bola pakai tgn aku ni jer. Kalo tangan terseliuh, duk tepi padang jer la jd pemerhati.
Badminton-ade raket utk membolehkan bola tu bergerak. Kalo raket tu patah, bole pakai raket lain.

Netball-aim/passing bola bagi orang.

Badminton-kena aim shuttlecock tu bkn kat orang atau tmpat kosong.

Netball-Team work yg besar. Bole kongsi slh ngn ramai org. kalo stakat sorang dua wat slh, ade laie 5 org bole coverkan.
Badminton-aku maen double. so partner jer ade. so kalo wat slh tu antara aku dan die jer la. Kalo slh sorang byk wat slh, mmg die akn rs berslh la ngn partner die.

Netball-aku jaga kawasan aku jer la dlm court tu.

Badminton-satu court tu aku conquer.

Netball-maen ikut masa. 10 minit maen, kalo sapa yg mata lebih, die la menang.
Badminton-maen ikut mata. kalo ko dpt 21, ko la menang.

PERSAMAAN
-tujuan 1 jer. Nak menang!
-dua2 pun kena practice. i believe, practice makes perfect.
-pakai net/jaring. satu jaring yg pjg, satu jaring gol kecik tu jer.
-tgn mesti kuat. untuk baling bola n pukul shuttlecock.
-kena alert.
-org tinggi mmg advantage. kalo utk ntball mmg sgt advantage, leh jd defender n shooter. kalo ko tinggi tp xpndai maen pon takpe. ko berdiri jer pastu angkat tgn ala2 tutup kpl lawan, kira ok la tu. kalo badminton plak, kalo tinggi sng nak smash org.
p/s-org pendek cam aku ni pon no hal la. bole je maen. org pendek sll laju (org la ckp bkn aku).

Sunday, 7 December 2008

Off tasking~

My attention span is like standard 1's pupil. five minutes and i lost! seriously! especially in academic thingy. but if u give me activities that involve movements, i'll definitely excited and full of enthusiasm. That's y i cant be a bookworm. i read half of the first page then i started to yawn.as a result, smpai ke sudah la tak baca. haish. bad...bad...help! Sometimes, when people talking to me, i can menguap and i dont mean it, seriously! i feel guilty sumtimes but i cant help. it's not that i feel boring or wat, tapi mulut nih otomatik jer. ada ubat ker? tolong recommendkan. Need to write an essay. Started from 9am. Offtask g tengok gosip artis. then offtask laie tgk online catalog. Then, read others' blogs. Ha ni tulis blog plak. Dah kul 1am. Aku baru tulis 100 words. Parah2.

Sunday, 30 November 2008

Belgium update!

hoho Belgium update! Org laen sebok buat assignment, aku sebok hupdate blog. Mmg cari nahas! Ktrg g Brussel, Belgium last week. Aku tak sempat tulis panjang2 memandangkan 3 assignments duk panggil2. 

-Lots of Muslims in Brussel. Msk train je tgk ramai gler org pakai tudung. Smpaikan ktrg taktau mane local people. Tgk sume muka arab saje.

-Brusseliers speak French. Some speak Dutch. Tp English ramai yg boleh ckp.

-Sejuk woo. Even ada mcm salji sket2 turun. Smpaikan my fren ada yg skt kpl la. hee

-Famous for waffle and Belgian choc.

-Ada one time tu ktrg kluar, budak2 cuti. Diorang minum tak igt dunia. Siap buat ritual kencing2 lagi. Euw!

-Kalo korang nak bli sourvenir, mesti ada gamba budak laki pancut kencing. Ade sejarah di sebalik tu. Kalo nk bli kat parents cam tak appropriate jer. huhu

-Sourvenirs mahal. Jgn la korang harap aku bli pape kat korang. huhu

-Pape pon best! Xlarat tulis dah. Tgk gmba jer la kat bawh ye.

In front of our hostel. Great hostel with great facilities. Leh msk megi.
.
Hoho scandal Tiku. haha. He's nice. From Morocco. Tourist guide ktrg. Last2 ktrg guide diri sndiri. huhu
Grand Place waktu malam. Cantek!
Theatre Royal.
Terowong masa depan. haha. Inside the atomium.
Atomium. Ktrg naek yg bulat yg plg tinggi tu. Smpai nak muntah2 la sbb die begoyang2 cam ditolak angin.
View from atomium.
The Spirit of Europe. Byk model tmpat2 menarik serata Europe.
Tempat ni tak sure nama ape. Maen pegi jer. Kawan2 yg laen tau kot. Mmg cam budak2 diorg neh. haha
Winter's approaching. Daun2 sudah lama gugur.

Music Museum kot nama die. Again, aku maen pegi jer.

p/s-Brussel's best!

Saturday, 29 November 2008

Dear Kak Ani

Dear Kak ani,

Tahniah! Dah grad pun hang. Congratulations! I cant attend ur convocation but still my doa is with u.i'm very proud of u. U are my sister since i was born. Ye la, hangkan kakak kandung aku. haha. We've been through ups and downs. U know what i mean. We used to gaduh and didnt talk with each other because ur perangai is totally different from me. I'm more lembut and u r more keras hati. Sometimes i wish i can be like u. Keras hati and people wont have any chance to make me cry. U are very protective towards me. Eventhough u sometimes taktau macam mana nak express ur love, but i know deep inside u, u want to protect me because u know ur younger sister is very soft and people always bully me. Anyway, u used to bully me too when we were kid. Ur cubitan, adoi saket tau. U always made me cry (u know that). But dont worry, i forgive u already. Eventhough u look tougher than me, tapi lagu semua mau jiwang. haha. I cant tahan that part. I listen to Linkin Park and u choose Noraniza Idris and sometimes Spoon. That time, i realize even u look more ganas from the outside, rupanya u r soft from the inside. 

Heard from bapak that u got hired already. Congrats and alhamdulillah ang dah tak habiskan beras kat umah jer. haha. Keje rajin2. Memandangkan only u left at home, take care of mak and bapak. Be more mature. Go and help mak more frequent. Mak and bapak bkn kuat mcm dl. Try to make them happy as much as u can. When u are away like me, u know how it feels when there's no one to turn to. I have very good friends here but it different u know. No one to scold and ask u to do anything. No one to say NO or atur ur life. No one to mintak duet from. I miss that. Appreciate them b4 u still can live under the same roof. Btw, thanks to u because if it's not because of u who force me to go for netball practice, i wont be terror like today. Dah lama i want to say that. And u r the one who paksa me to go inside the court and play GA. U said that pegi maen posisi GA nanti ang leh shoot. I just ikut u because i kan takut with u. Thanks for the paksaan. Kalo tak, i wont be like i am today. I wont play for school and not even for Perlis and i dont think that i will play other sports too. Hang ni kira pencetus semngt aku menceburkan diri dlm dunia sukan la kiranya. Ha bangga la tu.

Walaupun aku ni dah biasa jadi mcm kakak (admit that i'm more mature), still i respect u as my elder sister. Pround to have u as my sister. I sayang u and i'll hurt if someone say/do something bad to u (seriously!).
Lots love,
ADIK
She's good in stealing my baju. I use to it anyway. During the convo with mak and bapak. The bouquet tu msti die paksa mak bli. haha.

Wednesday, 26 November 2008

Hati tersenyum.

Semuanya keranamu,
Dirimu tetap dihatiku selagi diri ini masih bernafas.

senyum :)


Tuesday, 18 November 2008

Aku bercerita.

Sejak berpindah department, masa aku lebih banyak. Dulu aku jadi pencuci di Children's day bed. Tapi tiba2 satu hari tu aku pegi keje Pedro si supervisor cakap aku dipindahkan ke Nuclear Medicine. Hurm mula2 aku macam tak gembira jugak. Sebabnya aku sangat tidak suka benda mengejut. Ye la dah aku seronok2 sesuaikan diri dekat department lama tu tiba2 je kena tukar. Walaupun department lama aku tu macam ape jer. Korang bayangkanlah hari2 walaupun sekilat atau sebersih mana aku cuci department tu, tetap ada komplen dari makcik nurse. Kecik hati aku baca komen2 yang menusuk tu. Sampaikan kadang2 aku macam malas nak cuci kilat2. Tapi sebab aku nak gaji halal, aku ttp buat elok2. Lagi satu, nama Nuclear Medicine tu dah buat aku kecut. Yela nama dia gila gempak. Mesti banyak atom2 dalam tu. Dulu masa belajar kimia, cikgu aku adalah cakap nuklear2 ni bahaya. Aku takut la nanti aku p duk cuci2 department tu balik2 kulit aku tak lawa ke ape ke. Ni dah masuk 3 minggu kot kalau aku tak salah kira aku cuci Nuclear Medicine department ni. Dah lah department dia lagi bersih, staff2 dalam tu pun sangat baik. Jean akan tanya aku ada masalah ke tak. Si Nick pulak tanya boleh cari jalan tak dalam department ni. Jean awal2 dah bagi semangat kat aku, "oh tat's y it's cleaner, because u r the one who clean this department now". Ni barulah bersemangat. Memandangkan department ni bersih, kecik dan takda masalah sangat, kadang2 pukul 8.30pm aku dah siap keje. Sepatutnya aku keje sampai 10pm. Dah abes magazine aku baca (ceewah). So aku akan buat kerja lambat macam siput bgi aku abes lambat. Hari ni aku tolak baldi mop pakai kaki (nak tunjuk wat slow la tu). Sekali entah mana silap, berterabur air tu atas lantai. Ha ambik! Memang aku ada keje tambahan. Laplah aku lantai yang sepatutnya aku mop. Memang padan muka. Hopefully air bawah almari tu tak keluar. Jatuhlah reputasi aku nanti. Isk2. Wait and see till tomorrow. Dah merepek. Tidur dulu! Esok kena bangun pagi. Selamat malam bulan, selamat pagi matahari!

Sunday, 16 November 2008

Malu, kami malu!

Orang lain membeli-belah untuk Krismas, kami pun sibuk membeli macamlah nak sambut juga. Jarang sekali boleh ke bandar dek kesibukan kerja. Ecewah! Tapi ye memang susah nak keluar hari bukan minggu. Hari ni keluar pun sebab hendak tukar duit. Minggu depan mahu berjalan2. Walaupun inflasi, tidak sedikit pun mengganggu rutin berjalan kami. haha. Ha ini kisah hari ini. Masa tengah berjalan2 tu terberhenti sekejap dekat kedai Animal. Pilihlah kami baju2 dan seluar2 yang kami suka. Kebetulan pula ada promosi, free backpack for above GBP75. Bila dah dinamakan perempuan, asal nampak perkataan FREE apa lagi menggelabah la sekejap. Bila ditambah2 barang2 yang hendak dibeli baru dapat 2 beg percuma tapi kami bertiga. Macam mana ni? Tambah la satu barang, satu lagi barang sampailah jumlah harga membolehkan kami dapat 3 beg percuma. Duit dalam current account semua orang dalam GBP100 je. Memandangkan dalam current account I ada lah lebih beberapa puluh dari mereka, I lah diminta mendahulukan bayaran. Memula I risau jugaklah takut tak di terima sebab tak cukup duit dalam akaun. Tapi setelah diyakinkan oleh Nad dan Hana, I pun percayalah. Masa bayar tu, I dengan tenangnya masukkan kad. Sekali jurujual tu bagitau kad I tu di decline. Haish malu! I malu, kawan2 I pun malu. Jurujual tu tanya nak cuba sekali lagi ke? I dengan konfiden cakap tak sebab I tahu duit I memang tak cukup. Apa lagi call lah penyelamat kami di rumah sana. Mintak tolong Nana Patekariah transferkan duit dari Internet saver ke current account. Lamalah juga berdiri depan kaunter tu. Malu haish malu. Rasa macam orang bankrup saja. Ala macam dalam tv, orang yang beli barang banyak2 tu lepas tu masa nak bayar tu kad diorang kena reject tu. Orang keliling tengok saja. Isk2. Untuk pengetahuan semua, account bank I ada 3. Current account tu je yang boleh digunakan. Yang 2 lagi account tu tak boleh ditransaksi pakai kad. Jadinya, setiap kali nak keluar atau membeli barang, I baru transfer duit dari account tabung ke current account kat internet. Kat sini belanja tak pakai tunai. Semua pakai kad debit. I transfer sikit je. Manalah I expect nak belanja banyak macam ni hari ni. Malu! Tapi mampus kami tak layan. haha.
Semua dari Animal. Sweaters, messenger bag, t-shirts, trousers and free bags.
Today's hunt, addition: England Jersey, books, fragrance.
Kayo pakcik kedai kayo. Kopak poket kopak. Adeh!

Sunday, 9 November 2008

Notts Games.

Back from Notts Games. 5 hours journey by bus. Impressed by the university. Ya la, Marjon apa la sangat compared to Uni of Nottingham. huhu. Sangat besar dan cantik. Baru la nampak it's autumn. Siap ada pokok epal lagi dalam tu. Marjon sent 3 teams-netball, football 5-a-side and badminton. Eventhough we didnt make it to the final, we did very well. Well done everyone! I would like to thanks everyone in Netball team and not to forget, the supporters yang sangat BEST. THANK YOU VERY MUCH! We played very well. Really. I dont expect that we will win most of the games at the beginning. But then, we did it! Eventhough we lack of training and sometimes not all the players turned up during training due to some excuses, we still have ONE GREAT NETBALL TEAM at last. Thanks and sorry for my wrong doings during training or during the games.

We had great time there. Walaupun seat bus yang sempit and acapkali terjaga. Thanks anyway to mak for the kuih raya brought to me by abg. And thanks lagi to abang sebab belanja kitorang. Mesti menyesal datang jumpa your adikkan? Xpasal2 kena pau. haha. Dont worry, if u come here we'll treat u, food and accomodation free. No prob. Kan housemates?


The arrival. It's autumn here.

Supporters yg besh!
It's MJ. hehe

It's freaking cold. Wear jumper all the time.

With Minister of Higher Education.

The Jurugambar and his pembantu.

With our abang. Suddenly u got so many adiks.

Apples.

Saturday, 1 November 2008

Jangan terlalu mencari kesempurnaan.

Jika kamu memancing ikan.... 
Setelah ikan itu terlekat di mata kail, 
hendaklah kamu mengambil ikan itu.... 
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia 
semula ke dalam air begitu saja.... 
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya 
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. 

Begitulah juga ........ 

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... 
Setelah ia mulai MENYAYANGIMUhendaklah kamu MENJAGA hatinya.... 
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... 
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu 
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu.... 

Jika kamu menadah air biarlah berpada, 
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia 
begitu teguh.... cukuplah sekadar KEPERLUANmu... 
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang.... 

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.... 
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... 
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA.... 
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... 
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. 

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.... 

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... 
yang kamu pasti baik untuk dirimu.Mengenyangkan. Berkhasiat. 
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. 
Terlalu ingin mengejar kelazatan. 
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL. 

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... 
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. 
Terlalu mengejar KESEMPUNAAN. 

Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..Kamu juga yang akan MENYESAL....

f.n-it's forwarded email. Terasa untuk berkongsi. Fuh dalamkan maknanya?

Saturday, 25 October 2008

Need some sleep!

Fuhh! Alhamdulillah, 1st event dah lepas. After almost 2 weeks 'pening' to carefully think of this event, we manage to organize MAM open house. Almost every night, yuni, nabilah, kb, me and tiku met at my house. Yes, really tired. With badminton training and working in the evening, feel like nak tumbang jer. Mata i dah bengkak dek kerana tak cukup tido. Last night, i was planning to sleep till 11am today. So dapatlah i rehat secukupnya. But then, every one hour i woke up because of stomach ache. Till 7am i went to toilet. Tak boleh jadi ni. Remember abg told me about teh pahit to cure this diarrhoea. Minumlah i air teh pahit tu. Then dapatlah i tidur for 3 hours tanpa perlu bangun ke bilik air. I nak tidur! I wish i'll have one day without doing anything. Just rest and rest. Sigh. Anyway, thanks to everyone for helping. Yeah, we still celebrating raya everyone! =)
Mata i bengkak, mata dia ada wrinkles. Mn 1 teruk?

Sunday, 12 October 2008

Selamat hari tua zati!



Me: Mak tak mau wish ke besday adik?
Mak: A'h la. La isk sori2 mak lupa. Happy besday la. Jadi anak yang solehah. Sibuk sangat la raya ni sampai mak lupa. Nak main dengan cucu2 pun tak sempat.
Me:
Mak ni boleh pulak lupa besday anak mak ni. Takpa2. Mak bagi jer hadiah nanti. haha.

Bapak:
Minta maaf hari tu bapak lupa wish. Happy bilated besday. Jangan lupa solat. Ni baru sempat nak wish.
Me:
Takpa2. 
Bapak:
Sibuk skit tambah bapak tak berapa nak sihat ni.
Me:
Tak sihat nanti pi la klinik ka hospital ka.

Dah 21 tahun rupanya aku hidup atas muka bumi ni. Alhamdulillah masih lagi aku hirup udara segar+polluted sket2 ni. Allah bagi kesempatan lagi untuk aku tambahkan amalan. Besday aku disambut masa rumah terbuka hari tu. Buat sekali. Bukanlah kejutan sebabnya aku pun bagitau housemate2 aku suruh buat sekali dengan rumah terbuka. Ye la senang sikit. Tambah2 aku tau hadiah aku tu diorang beli time keluar sekali pergi town tu. Aku nampak beg hana kembung semacam jer selepas dia menghilangkan diri tu. haha. Thanks teman2 serumah kesayangan kasik handbag Marry Poppins tu. Macam2 boleh masuk tapi still nampak kurus. hehe. Thanks juga untuk Yubi. Sangat berguna hadiahmu itu. Nasib baik pos sampaikan? Kalau tak sampai mesti menyumpah2. hee. Emy, kek engkau sedap! Kakak2 serta abgku, akan ku tuntut hadiah dari kamu2 semua nanti. Terima kasih juga untuk kamu, kamu dan kamu yang ingat dan ucap selamat pada ulang tahun hari lahirku. Sangat bermakna ucapan selamat kamu2. 


Teringat ketika muda2 lagi dulu. 6 Oktober mesti aku tunggu sangat2. Nak hadiah banyak2. Biasalah budak2 lagi. Tapi sekarang bila dah meningkat usia, semua tu dah tak penting lagi. Tak ada hadiah pun tak kisah. Mak dengan bapak terlupa hari lahir aku pun aku tak merajuk. hehe. Kalau dulu diorang tak kasi hadiah, mesti aku minta jugak. Ingat lagi dulu, masa hari lahir ke8, mak dengan bapak dalam bilik tengah balut hadiah untuk aku. Kak Ani pun cakap la yang dia tak disayangi. Aku ni kononnya anak emas dan dia pula anak perak la anak gangsa la (dia baru belajar peribahasa kot). Aku pun cakap la dekat dia, takpe ni besday aku memanglah aku dapat hadiah. Padahal aku tengah tak sabar nak tengok hadiah aku. haha. Tapi akhirnya bapak dengan mak keluarkan dua kotak, untuk aku dan Kak Ani. Bapak pun tau kalau bagi untuk aku, mesti Kak Ani kena ada satu. Bila teringat balik, kelakarlah pula. Kalau engkau baca ni Kak Ani mesti engkau tak nak mengaku simpulan bahasa tu engkau yang cipta. haha. Post yang lain nanti aku ceritakan pula siapa Kak Ani ini. 

InsyaAllah,
1-Mahu menjadi hamba yang lebih bertaqwa dan anak yang solehah.
2-Tidak mahu malas2.
3-Mahu menjadi lebih matang.
4-Mahu menjadi lebih kuat. Tidak mahu terlalu sensitif.
5-Lebih bersistematik dan pandai mencari masa lapang.
6-Menjadi lebih baik daripada semua segi.


Amin~

Saturday, 11 October 2008

Raya di sini.

Hari ni dah masuk raya ke berapa ntah. Semua orang bertanyakan suasana raya di sini. Tidak semeriah di Malaysia tapi tetap diraikan dengan gembiranya. Macam biasa bangun awal nak solat raya. Walaupun kitorang ada kelas pagi tu pukul 9am. Solat raya beramai2. Balik rumah terus buka kuih raya. Kitorang simpan kuih raya sebab nak makan masa hari pertama raya. Baru ada feel raya. Sempatlah juga buat 3 jenis walaupun acuan tak ada. Kuih tart nenas, almond london dan juga cornflakes madu menjadi pilihan kami. Hari raya pertama diraikan di kelas dan juga di tempat kerja. haish. 

Hari2 raya seterusnya best sebab dapat makan free di rumah2 terbuka. Rumah kami punya rumah terbuka raya ke5. Bertungkus lumus kami memasak sepanjang hari. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Raya ke 6 kami bergerak ke London. Menghadiri majlis rumah terbuka anjuran MSD. Dapatlah merasa lemang, rendang dan makanan2 M'sia yang lain. Bukan setakat rumah terbuka MSD kami serbu, rumah terbuka Bonda pun kami serbu. Sekadar pergi makan dan pulang. hehe. Terasa macam balik M'sia sekejap sebab penuh dengan orang2 M'sia. hehe.

Siapa kata tak best raya kat perantauan? Tapi memang tak best pun. haha. Sebabnya tak ada orang2 yang kita sayang dan suasana raya tak ada. Kita sendiri kena wujudkan semua tu, baru rasa best. Tapi pape pun, aku enjoy je raya kat Uk ni. Tambah ikatan ukhwah sesama rakan2 yang lain dan dapat tambah skill2 memasak. hee.

Selepas solat raya.
Menu untuk rumah terbuka kami.
Tuan rumah tidak termasuk Tiku (tgh ambil gambar).
Tetamu2 yang datang.
Sesi mengemas rumah sambil makan popia.
Raya di London.
Rumah terbuka House 15
Rumah terbuka House 33 (ke 34?)

Monday, 29 September 2008

Raya esok.Yeay?/!

Pic credit to iZone

Esok hari Selasa dah raya. 29 hari berpuasa di sini. Perasaan aku? Entahlah. Rasa macam takde perasaan pun ada. huhu. Happy pun tidak, sedih pun tidak. Rasa nak demam ada la. haha. Ni semua sakit tekak punya pasal. Tapi kuih raya semua dah siap. Tunggu la jemputan ke rumah terbuka kami House 20. Ni 1st time raya tanpa family. Nanti bile dah sambut, br leh cerita perasaanku. I want to wish everyone Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maafkan segala salah dan silap. Halalkan apa2 yang patut. Kosong2 e? 

Muka2 yg kena raya dalam kelas.

To my family back in Perlis, even if i'm not celebrating Hari Raya with u all this year (and maybe next year), my duit raya still available kan? haha.

Hope everyone having great day! InsyaAllah.

Sunday, 21 September 2008

Mood: tired.

worked 2 days in a row. From 6.30am till 5-6pm was not at home (now i know perasaan org bekerja). Lazy + tired, but then who will give me money without working? haish. Yesterday we worked at the new caravan site. We like the new place much2 better. The staffs are super nice compared to our previous majikan plus they didnt put too much pressure on us. Just imagine, we only cleaned 4 caravans yesterday. Before this, 8 caravans. They treats us like friends. We dont want to go to "previous caravan site" anymore. Hope Kate will tell Paula that she wants us back next week. We want "the new caravan site"! (hardly to remember the name.huhu)
*menguap smbil tekan "publish post"

Saturday, 13 September 2008

Catatan Scotland 3

RABU 100908 - KHAMIS 110908

Hari ni hari terakhir kami di Scotland. Esok pagi pukul 6am kami akan pulang ke London. Kami berjalan2 di Glasgow. Tempat pertama kami pergi adalah Science centre. Mulanya tak mahu masuk sebabnya rugi masa. Tapi masa dekat luar tu, makcik yang jaga kaunter tu datang dan bagi offer cakap GBP1 jer. Walaupun offer tu untuk time summer dan sekarang sudah masuk autumn pun, dia tetap baik hati ajak kitorang masuk. Sgt baik! Glasgow Science centre lebih kurang dengan pusat sains negara (rasanya la, aku pon xpnh p).

-Entrance Glasgow Science Centre-

-Magic! Kepala tanpa kaki.haha-

Selepas itu, berjalan2 lah kami di bandar Glasgow. Hujan lagi. Tapi tak apa, payung dah dibeli. Melawat Kelvin Grove art museum, transport museum dan juga Glasgow University. Selepas itu, kami bercadang kembali ke Edinburgh untuk merasai pengalaman hantu2 ini. Edinburgh kaya dengan cerita hantu. Kami ke Auld Rikkies. Menurut brochure, this is the most scariest underground. Hurm takut la juga. Kepada sesiapa yang penakut, dinasihatkan jangan pergi. Dan juga kepada sesiapa yang tidak tahan bau gua yang mampu menyesakkan hidung, jangan pergi juga. haha.
-Kelvingrove Art Museum-

Kami berbuka di Khushi's restaurant. Kedai makan yang agak mewah tapi murah. Ayam tandoori dan juga Mango lassi, kesukaan sy! haha.
-Tandoori + Nasi pilau + Sayur ape ntah + Papadom-
Kami pulang ke Glasgow dan terus ke Prestwick. Kami tidur di Prestwick. Ingatkan kali ni dapat lah tidur dengan lena sebab lantai karpet. Tapi sempat tidur 2 jam saja, terus bangun sebab sejuk. Ada ke buka air cond? isk2. Kami terus ke prayer room. Hana dan Mira sudah berbaring nak tidur sementara menunggu Subuh. Tiba2 mak cik security datang terjah dan menghalau kami keluar. Dia cakap kami tidur di situ dan tidak bersembahyang. Masa kami berkemas2 hendak keluar tu, dia datang sekali lagi menunjuk2 suruh kami keluar. Peristiwa itu disaksikan oleh Mak cik Gemok cleaner. Masa solat Subuh, Mak cik Gemok dan abg Kepoh cleaner melihat kami dengan penuh wasangka. Mereka telah memberitahu orang atasan mungkin. Huh sangat la menguji kesabaran kami ketika itu. Rasa macam penjahat yang diburu. Mereka bergosip2 di tangga dan mengata2 kami dalam bahasa mereka. Huh!

Sampai di London dalam pukul 8 pagi. Kami terus ke Burkingham Palace. Mahu melihat Queen Elizabeth. haha. Kami berjalan2 ke Harrods, Covent Garden. Tapi disebabkan terlampau penat (yela tdo 2 jam je smlm) kami bercadang terus saja ke M'sian hall untuk membeli makanan berbuka. Dah la tak ada sale. Benci! Saya dapat makan sup ekor dengan sotong kering hari ini. Best! Kami sampai di Plymouth sekitar pukul 12 malam.
-Harrods. Barang-barang jenama mahal di sini-
-Burkingham Palace. Orang2 itu menunggu di tepi pagar mengharapkan Queen keluar. Isk.-
The end

Catatan Scotland 2

SELASA 090908
Kami meneruskan perjalanan ke Edinburgh. 1 jam lebih perjalanan ke Edinburgh dari Glasgow menaiki train. Sampai saja, hujan pun menitik ke bumi. Terus kami masuk saja bangunan untuk mengelak hujan. Kami telah masuk The Edinburgh Dungeon. Gelap dekat bawah tu. Ada seorang lelaki berambut panjang menunggu sambil memegang kapak besar. Sambil berdiri dia menghentak kapak itu ke lantai sambil memandang dengan pandangan yang menakutkan. Sambil berjalan ke kiri dan kanan dia telah menyuruh kami masuk. Hana sudah mengajak keluar kerana takut lelaki itu membunuh kami. haha. Kami berjalan ke depan dan tiba2 dia mengetuk lantai itu dengan kapak sekali lagi membuatkan kami menjerit dan berpatah balik ke belakang. Hana dan Mira sudah bercadang2 untuk beredar. Melihatkan itu, dia terus meletakkan kapak itu di tempat yang lain. Bersusah payah saya menarik dan memujuk kawan2 saya untuk masuk. Kalau kami beredar, mesti abang itu dipersalahkan sebab dia telah menakutkan pelanggan. Tapi dr sudut yg lain pula, dia berjaya melakonkan watak dia dengan baik dengan menakutkan kitorang. haha. Sangat besh! Anda2 yang mahu ke Edinburgh, jangan lupa melawat tempat ini.

Seterusnya kami ke Camera Obscura. Sangat menarik tempat ini. Kami boleh menukar wajah kami menjadi chimpanzee, dan juga baby. Kalau siapa2 yang berminat dengan ilusi optik, inilah tempat yang sesuai. Worth the money! 

-Mira, Zati & Hana dlm versi manga-

Edinburgh Castle. Sekadar mengambil gambar daripada luar. Ada dua orang perempuan dari Jepun dengan baik hati menawarkan dirinya untuk mengambil gambar kami tanpa disuruh. Memang sangat baik!
-Edinburgh Castle-

Seterusnya, kami berjalan2 tanpa arah di Edinburgh city centre dan end up di cemetery dan atas bukit. Kami pulang ke Glasgow pukul 8 malam. Berbuka makan keropok dahulu dan sekali lagi ke kedai Kebab tu. 
-atas bukit yang boleh nampak satu edinburgh (rasanya la...)-

-cemetery-
bersambung...