RSS

Saturday, 11 October 2008

Raya di sini.

Hari ni dah masuk raya ke berapa ntah. Semua orang bertanyakan suasana raya di sini. Tidak semeriah di Malaysia tapi tetap diraikan dengan gembiranya. Macam biasa bangun awal nak solat raya. Walaupun kitorang ada kelas pagi tu pukul 9am. Solat raya beramai2. Balik rumah terus buka kuih raya. Kitorang simpan kuih raya sebab nak makan masa hari pertama raya. Baru ada feel raya. Sempatlah juga buat 3 jenis walaupun acuan tak ada. Kuih tart nenas, almond london dan juga cornflakes madu menjadi pilihan kami. Hari raya pertama diraikan di kelas dan juga di tempat kerja. haish. 

Hari2 raya seterusnya best sebab dapat makan free di rumah2 terbuka. Rumah kami punya rumah terbuka raya ke5. Bertungkus lumus kami memasak sepanjang hari. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Raya ke 6 kami bergerak ke London. Menghadiri majlis rumah terbuka anjuran MSD. Dapatlah merasa lemang, rendang dan makanan2 M'sia yang lain. Bukan setakat rumah terbuka MSD kami serbu, rumah terbuka Bonda pun kami serbu. Sekadar pergi makan dan pulang. hehe. Terasa macam balik M'sia sekejap sebab penuh dengan orang2 M'sia. hehe.

Siapa kata tak best raya kat perantauan? Tapi memang tak best pun. haha. Sebabnya tak ada orang2 yang kita sayang dan suasana raya tak ada. Kita sendiri kena wujudkan semua tu, baru rasa best. Tapi pape pun, aku enjoy je raya kat Uk ni. Tambah ikatan ukhwah sesama rakan2 yang lain dan dapat tambah skill2 memasak. hee.

Selepas solat raya.
Menu untuk rumah terbuka kami.
Tuan rumah tidak termasuk Tiku (tgh ambil gambar).
Tetamu2 yang datang.
Sesi mengemas rumah sambil makan popia.
Raya di London.
Rumah terbuka House 15
Rumah terbuka House 33 (ke 34?)

6 thoughts:

AKU DAN PERJUANGANKU said...

biru yang menawan...salam singgah..roy...

zatiMJ said...

haha.biru mcm awan.=)

Alice said...

knp gmbar nad tgh mengunyah ada je? hahaha..kelakar seh

anak raja said...

wah!!!
open house tu!!!
huhuhu...

zatiMJ said...

alice-haha sbb kite ade gaya yg sm. mkn popia plak tu.

afiq-isk afiq ni. cam la kat m'sia takde open house.huhu

Anonymous said...

banyak nye open house.. interesting =)