RSS

Sunday, 12 October 2008

Selamat hari tua zati!



Me: Mak tak mau wish ke besday adik?
Mak: A'h la. La isk sori2 mak lupa. Happy besday la. Jadi anak yang solehah. Sibuk sangat la raya ni sampai mak lupa. Nak main dengan cucu2 pun tak sempat.
Me:
Mak ni boleh pulak lupa besday anak mak ni. Takpa2. Mak bagi jer hadiah nanti. haha.

Bapak:
Minta maaf hari tu bapak lupa wish. Happy bilated besday. Jangan lupa solat. Ni baru sempat nak wish.
Me:
Takpa2. 
Bapak:
Sibuk skit tambah bapak tak berapa nak sihat ni.
Me:
Tak sihat nanti pi la klinik ka hospital ka.

Dah 21 tahun rupanya aku hidup atas muka bumi ni. Alhamdulillah masih lagi aku hirup udara segar+polluted sket2 ni. Allah bagi kesempatan lagi untuk aku tambahkan amalan. Besday aku disambut masa rumah terbuka hari tu. Buat sekali. Bukanlah kejutan sebabnya aku pun bagitau housemate2 aku suruh buat sekali dengan rumah terbuka. Ye la senang sikit. Tambah2 aku tau hadiah aku tu diorang beli time keluar sekali pergi town tu. Aku nampak beg hana kembung semacam jer selepas dia menghilangkan diri tu. haha. Thanks teman2 serumah kesayangan kasik handbag Marry Poppins tu. Macam2 boleh masuk tapi still nampak kurus. hehe. Thanks juga untuk Yubi. Sangat berguna hadiahmu itu. Nasib baik pos sampaikan? Kalau tak sampai mesti menyumpah2. hee. Emy, kek engkau sedap! Kakak2 serta abgku, akan ku tuntut hadiah dari kamu2 semua nanti. Terima kasih juga untuk kamu, kamu dan kamu yang ingat dan ucap selamat pada ulang tahun hari lahirku. Sangat bermakna ucapan selamat kamu2. 


Teringat ketika muda2 lagi dulu. 6 Oktober mesti aku tunggu sangat2. Nak hadiah banyak2. Biasalah budak2 lagi. Tapi sekarang bila dah meningkat usia, semua tu dah tak penting lagi. Tak ada hadiah pun tak kisah. Mak dengan bapak terlupa hari lahir aku pun aku tak merajuk. hehe. Kalau dulu diorang tak kasi hadiah, mesti aku minta jugak. Ingat lagi dulu, masa hari lahir ke8, mak dengan bapak dalam bilik tengah balut hadiah untuk aku. Kak Ani pun cakap la yang dia tak disayangi. Aku ni kononnya anak emas dan dia pula anak perak la anak gangsa la (dia baru belajar peribahasa kot). Aku pun cakap la dekat dia, takpe ni besday aku memanglah aku dapat hadiah. Padahal aku tengah tak sabar nak tengok hadiah aku. haha. Tapi akhirnya bapak dengan mak keluarkan dua kotak, untuk aku dan Kak Ani. Bapak pun tau kalau bagi untuk aku, mesti Kak Ani kena ada satu. Bila teringat balik, kelakarlah pula. Kalau engkau baca ni Kak Ani mesti engkau tak nak mengaku simpulan bahasa tu engkau yang cipta. haha. Post yang lain nanti aku ceritakan pula siapa Kak Ani ini. 

InsyaAllah,
1-Mahu menjadi hamba yang lebih bertaqwa dan anak yang solehah.
2-Tidak mahu malas2.
3-Mahu menjadi lebih matang.
4-Mahu menjadi lebih kuat. Tidak mahu terlalu sensitif.
5-Lebih bersistematik dan pandai mencari masa lapang.
6-Menjadi lebih baik daripada semua segi.


Amin~

12 thoughts:

Alice said...

selamat hari jadi juga!

nad sayang ketua.

ehem2..kalau xsampai hadiah yubi tuh, bukan setakat menyumpah! mcm2 ada! gile la~ heheheh

takpa2, nad doakan ketua berjaya dan bahagia dunia akhirat.

tak suprise cenggitu. patut masa kuar ketua asik elak pndg beg hana lama2. wakakakakak. sungguh xseprise

azalia rahman said...

kak Zati!

selamat hari kelahiran`
semoga ceria2 selalu=)

awatif 'adilah atan said...

malas2? =
macam takde 'malas' kat ko
matang =
mmg matang pon
kuat? sensitip? =
mmg tak sensitip dan kuat bukak tin baked beans
sistematik? masa lapang? =
klu engkau tak sistematik, aku ape....ko mcm byk je mase lapang
isk...

zatiMJ said...

alice-kalo xsmpai yg menyumpah2 tu die. org rilex2 saje. haha. syg nad jgk!

azalia-thanks azalia. kamu pon ceria2 jgk slalu.

tiku-
kuat=aku tepaksa jd kuat sbb org len xreti bukak tin. kalo tak, camne nk mkn. haha
sistematik=kalo aku xsstmtk, ko suke matematik kot.wakkaka

Anonymous said...

hepi belated birthday zati!sorila lambat wish...xpekan..ehehe...sy doakan yg terbaik buat zati!ameen...

AKU DAN PERJUANGANKU said...

salam...roy ucapkan slamt hari lahir smoga panjg umur murah rezki..hadiah yg boleh roy beri itu adalah doa.moga zati berjaya di sna...

zatiMJ said...

hehe takpe diana.thanks.zati pon doakan yg terbaek tuk diana dan "adek bradik".hehe

thanks roy.doa tu bermakna. =)

alia amirah said...

happy birthday!!

dh 21.

smoga happy dan sihat2 slalu ;))

Athirah Dahman said...

zati

"a year older, a year wiser"

semoga sentiasa berada dalam rahmat-Nya...amin

p.s. Zati, tirah link Zati nyer blog gak, ok? set

Syaza said...

Happy belated birthday zati~

hehe..^^

zatiMJ said...

thanks cik alia, thirah n syaz.=)

Anonymous said...

happy belated birthday zati!~