RSS

Saturday, 13 September 2008

Catatan Scotland 2

SELASA 090908
Kami meneruskan perjalanan ke Edinburgh. 1 jam lebih perjalanan ke Edinburgh dari Glasgow menaiki train. Sampai saja, hujan pun menitik ke bumi. Terus kami masuk saja bangunan untuk mengelak hujan. Kami telah masuk The Edinburgh Dungeon. Gelap dekat bawah tu. Ada seorang lelaki berambut panjang menunggu sambil memegang kapak besar. Sambil berdiri dia menghentak kapak itu ke lantai sambil memandang dengan pandangan yang menakutkan. Sambil berjalan ke kiri dan kanan dia telah menyuruh kami masuk. Hana sudah mengajak keluar kerana takut lelaki itu membunuh kami. haha. Kami berjalan ke depan dan tiba2 dia mengetuk lantai itu dengan kapak sekali lagi membuatkan kami menjerit dan berpatah balik ke belakang. Hana dan Mira sudah bercadang2 untuk beredar. Melihatkan itu, dia terus meletakkan kapak itu di tempat yang lain. Bersusah payah saya menarik dan memujuk kawan2 saya untuk masuk. Kalau kami beredar, mesti abang itu dipersalahkan sebab dia telah menakutkan pelanggan. Tapi dr sudut yg lain pula, dia berjaya melakonkan watak dia dengan baik dengan menakutkan kitorang. haha. Sangat besh! Anda2 yang mahu ke Edinburgh, jangan lupa melawat tempat ini.

Seterusnya kami ke Camera Obscura. Sangat menarik tempat ini. Kami boleh menukar wajah kami menjadi chimpanzee, dan juga baby. Kalau siapa2 yang berminat dengan ilusi optik, inilah tempat yang sesuai. Worth the money! 

-Mira, Zati & Hana dlm versi manga-

Edinburgh Castle. Sekadar mengambil gambar daripada luar. Ada dua orang perempuan dari Jepun dengan baik hati menawarkan dirinya untuk mengambil gambar kami tanpa disuruh. Memang sangat baik!
-Edinburgh Castle-

Seterusnya, kami berjalan2 tanpa arah di Edinburgh city centre dan end up di cemetery dan atas bukit. Kami pulang ke Glasgow pukul 8 malam. Berbuka makan keropok dahulu dan sekali lagi ke kedai Kebab tu. 
-atas bukit yang boleh nampak satu edinburgh (rasanya la...)-

-cemetery-
bersambung...

3 thoughts:

farah, s. said...

waaa.. korg sgt comel la dlm version manga tu

Alice said...

wahhhhhhhhhhhhhh!!!nad sangat suka yang peektures versi manga tuh! i loike!!!~ mengapa xprint gmbar nad sekali? ngeh3

zatiMJ said...

farah-hee ktrg comey? malunya.wakakakka

alice-isk die kena duduk depn2 time tu jgk. nad kan tak ikt. hee