RSS

Thursday, 22 October 2009

Terima kasih.

Terima kasih ya Allah,
kerana Kau menyayangiku,
Kau tidak biarkan aku terus lalai dengan asyik dunia,
lupa padaMU dan nikmatmu,
ujianMU mendekatkan aku padaMU,
menyedarkan aku yg hanyut,
itu tanda kasih dan sayangMU,
aku bersyukur.

Terima kasih ya Allah,
terima kasih kerana Kau kurniakan aku ibu dan bapa yg sgt2 memahami,
tidak jemu mengingatkan aku padaMU,
terima kasih kerana Kau kurniakan aku keluarga yg sentiasa berdiri teguh di belakangku,
bangunkan aku ketika jatuhnya aku,
terima kasih kerana Kau temankan aku dengan sahabat2 yg sudi menangis bersama,
yg tidak membiarkan aku terkontang-kanting keseorangan,
Aku bersyukur ya Rabbi.

La tahzan,
aku kuat kerana mereka dan Dia sayangkan aku,
kau mesti kuat kerana aku dan Dia sayangkan kau.

p/s-Moga dipertemukan kita semua di Jannah. 

Wednesday, 21 October 2009

Ya Allah, berikan dia kekuatan.

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.

"Ya tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah. Ya tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Rahman Ya Rahim, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Berilah kemaafan kepada kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir". 

(2:286)

Monday, 19 October 2009

Tenanglah hai hati.

Salam semua,

Ah sejuknya. Heater bilik aku ni plak cam idup segan mati takmo plak. Aku nk angkat wudhuk pon kena tunggu giliran, yela bila sorang dah bukak paip air panas, yg lain tak dpt la. Nak bantai ngn air sejuk, kensalam jer la. Aku rasa mcm dlm pantang, pakai stokin je memanjang. Perut sentiasa bekeroncong. Br 3 jam lepas ktrg mkn nasi, perut aku memanggil2 maknn lagi. Semalam ms stay up, terpaksa aku mkn oat dgn susu sbb terlampau lapar. Org ckp, best puasa time winter sbb puasa dr kul 6am-4.30pm. Kejap je. Tp ni baru autumn ye kawan2 prut da maen lagu isabela, kalo winter agaknya lagu jinbara la kot. huhu. Hati tak tenang lately nie. PMS agaknya. Nak buat keje pon susah.  Mak kite pesan, kalo rasa tak gembira, baca la Quran. Kite pon ikut cakap mak kite. Alhamdullilah, terima kasih ye Ya Allah. Hanya Engkau aku mengadu. Mak kite jgk ckp, kalo hati kite tak tenteram, itu maknanye ada segumpal sifat2 mazmumah dlm hati kite.  Wah ape tu mak? Mak kite pon nomborkan la seperti yg dibawah,

1-Cinta dunia
Jgn terlalu berebut2 dan memburu2 hal2 dunia kerana dunia ini sementara. Sentiasa rasa xtenteram sbb nak semua benda tp ada yg xmampu. Ala2 shopping la, nk bli jam Gucci tp mhl sgt so asyik teringat ari2 sampai mkn pon tak lalu.

2-Tamak
Mereka yang tidak pernah puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak. Ouch!

3-Kedekut
Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk. Cpat sedekah2 jom! 

4-Riak
Allah tak suka sikap takabbur dan bermegah2 dgn apa yg kite ada. Sentiasa berlakon2 d hdpn org spy org memuji2. Wah leh jadi actor ye kau!

5-Pemarah
Xda kawan sgt. Yela takut la nk kwn, nnti ari2 mkn tapak tgn die. Hati org pemarah pon tak tenang sbb die akn dihantui rasa berslh tu.

6-Ego
Sentiasa rasa dirinya betul dan tak mahu mengalah. Confirm hati tak tenang, yela sbb sentiasa kena carik modal bg mengukuhkan hujahnya.

7-Pendendam
Ibarat mengumpul lava dlm diri. Bila lava dlm diri, panas weh semestinye takleh duduk diam. Tunggu peluang je utk meletus mcm gunung berapi n bls dendam.

8-Hasad dengki
Sape je org dengki ni tenteram hati die? Dia tidak senang duduk melihat kejayaan orang lain.

9-Tidak sabar
Selalu tergesa2 dan pentingkan diri. Kite sll tgk org tak sbr nie mcm cacing kepanasan je. Duduk slh, berdiri slh, baring plak die trus tdo.

Mak da abes kasik peringatan. Mak pesan, sampaikan pada kawan2 kite sbb tu kite tulis kat sini. Ok la ye, kite tdo dl. Mintak maaf semua, kite maafkan semua orang. 

Sunday, 18 October 2009

Sabar sayang...

Bertabahlah yg tersayang,
hidup memang susah,
Allah suka orang yg berusaha dan berdoa tidak putus2,
Nabi sayang umatnya yg tidak berputus asa,
dan sesungguhnya Allah bersama org2 yg sabar.

Allahumma yassir wa la tu'assir.
Ya Allah, permudahkanlah urusanku dan janganlah susahkannya.

Rabbishrah li sadri wa yassir li amri.
Ya Allah, bukakanlah pintu hatiku dan permudahkan lah urusanku.

p/s-close ur eyes, whisper my name and U'll feel me=)

Sunday, 11 October 2009

Tolong jaga kami elok2.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda,

"Hendaklah kamu berlembut dgn wanita kerana mereka diciptakan dari tulang rusuk dan sebengkok2 tulang rusuk adalah bhgn paling atas. Jika kamu cuba luruskannya, nescaya ia akan patah. Tapi jika kamu biarkan saja, ia akan kekal bengkok selamanya. Jadi, aku berseru agar kamu menjaga mereka dgn sebaiknya (berpesan2 ttg kebaikan)." (Sahih Al-Bukhari)

Ha dengar tu kaum2 lelaki. Jgn berkasar dgn org pompuan. Rasululullah saw pesan suruh jaga kami elok2. Kami juga nanti jadi ibu anak2 kamu2 semua. Wahh... Kawen jom!! hihi gatal. Pang skali br tau.

Kau dan aku sama jer, terkocoh2.

Memang manusia itu dicipta tergopoh-gapah. Rupa2nya dr Nabi Adam lagi dah nampak. Asal mintak doa jer, cepat jer nk tgk result. Kalo tak dpt, mula la nak slhkan semua org. Asal sakit jer, mkn ubat byk2 sebab nk cepat2 sembuh. Baru 2,3 hari mkn ubat A n tak nmpak perubahan, trus pegi mkn ubat B. Byk plak aku bebel. heh. Nak share skit ape yg zati baca :)

When Allah breathed His spirit into Adam and it reached his head, Adam sneezed.

The angels said, "Said all praise belongs to Allah."

and Adam repeated, "All praise belong to Allah." 

Allah said to him, "Your Lord has granted you mercy." 

When the spirit reached his eyes, Adam looked at the fruits of Paradise. When it reached his abdomen Adam felt appetite for food. He jumped hurriedly before the spirit could reach his legs, so that he could eat from the fruits of Paradise.

Allah, therefore said, "Man is created of haste" (21:37).

And then, The Angels prostrated themselves, all of them together except Iblis who refused to be among the prostrators (15:31-32).

Sekian. Allahua'lam.

Source: Stories of the Prophets by Imam Ibn Kathir

Thursday, 1 October 2009

Dah nak balik ker?

Selamat raya! Second raya dekat MARJON. Tapi tak semeriah macam last year sbb this year cuti, so semua pon cabut balik Malaysia. Tp takpe, best ape beraya walpopon skit org. Senang skit wat open house. Xyah susah2 aku masak banyak2. haha. Raya kat UK sama jer macam raya kat M'sia. Malam raya tu ktrg bertakbir ramai2 sambil solat isyak berjemaah. Pagi2 bgn mandi sunat hari raya then pergi solat raya. Pastu ada mkn2 skit then sesi bergambar. Salam2 mintak maaf dgn kawan2 yg ada. Pastu balik skype dgn family yg tak sambut raya lagi kasi diorg jeles. haha. Balik rumah bukak kueh raya mkn smpai buncit. Tp tak sama sgt kot dgn M'sia sbb kat M'sia balek jer solat raya trus bukak TV. Hampeh. 

Org selalu kesiankan ktrg beraya kat UK takut takde serba serbi. Tp jgn risau, semua ada kat sini. Aku da mkn lemang, rendang, mee bandung, lontong dan lain2. Korang sebut jer ape, insyaAllah semua ada. Tp satu jer la takde, takleh nk cium tgn mak bapak. Yg len sume ada. Orang tanya aku sedih tak raya di perantauan? Hurm aku pon confius nak jawab ape. Yela sedih tu sedih sbb jauh dgn org2 aku sayang. Tp takde la pulak sampai menonggeng aku menangis. huahua. Sila layan gambar2 di bawah.

Kantoi yg blakang tu offtask.

Import Pak Arab kasik khutbah raya. haha

Macam2 ada.

Makan sampai buncit!

Cantek2 semuanya. Sapa2 bekenan sila jgn hubungi sya.

The girls I love plus the other one at tat time in France.
Takde keje time pagi raya.

Mee bandung, lemang, keria, kueh mueh-open house 20,15&19.

Surely will miss raya in Plymouth after this. Not that havoc but just simple. Pengisian itu yg penting=)