RSS

Thursday, 29 October 2009

Fly me to the moon...

Perut aku panas! Tolong! Tolong! Mungkin usus besar aku sedang bersusah payah menghadamkan cili kering yg nyaris semasa menggorengnya mengeluarkan api yg mungkin membakar muka aku yg tak berapa cantek tp sempurna sifat ini. Wah aku ala2 masak kat kedai mkn Cina yg tiba2 ada api menyambar tinggi. Ha pandai la ko zati. Sebut pasal masak2 nie, Jamie Oliver mungkin akan dtg Marjon. Aku ckp mungkin. Takmau la mengharap sgt, kang menonggeng. Tp kalo die mai, abg Jamie...aku nak signnnn!!! Sy peminat fanatik abg!!! Show Chef bogel tu sy tgk dl kat M'sia. Alamak lucah plak bila dialih bahasa. Oh abg Jamie!! Wuhuuuu!!

Last week, kawan sekolah aku baru sampai Zag Zig, Egypt. Die ajak pergi sana sblm balek. Bagus gak tambah2 confirm aku tahap bosan cipan bulan 12 nie. Blom check tiket lagi dan aku tak tanya mak bapak lagi. Tp confirm diorg tak kasik tmbah2 aku pegi sorang. Tp bole wat surprise, tepon dr Egypt. Guess wat mak?? U wont believe la mak, I'm in Egypt now!! Yuhuuu!! Bernas tak idea aku? hahaha.

Rasa bersalah pulak tak kongsi ape2 dlm post ni. So memandangkan perut aku panas dan aku agak takleh tido ni, jom kita amalkan ape Rasullulah pesan. Bukan time takleh tdo jer zati oiii, ari2 la.

Rasulullah pesan kpd Aisyah RA,
Jangan tidur sebelum melakukan 4 perkara,
1. Sebelum khatam al-Quran. Oleh itu, bacalah Al-Ikhlas 3 kali.
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat. Oleh itu, selawat ke atasku dan para nabi sebelumku.
3. Sebelum para Muslim meredai kamu. Oleh itu, beristighfarlah utk para Muslimin.
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah. Oleh itu, bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbirlah atau dlm bhs lainnya SubhanAllah, Alhamdulillah, La ilaha illallah, Allahuakbar.

Allahua'lam.

Btw, aku nak tujukan lagu Dia oleh Fauziah Latif kepada sahabat yg jauh di mata tp dekat di hati. Sahabat yg dekat di mata dan dekat di hati pon bole dgr. Tak slh. :P

In other words, I love you!

Monday, 26 October 2009

Tau pun gelabah.

Arghh gelabah2.
Lagi sebulan jer kena submit thesis aku.
Ah tension2!
Aku kena quarantine duk dlm bilik.
Tp tak boleh, aku kena kluar.
Bole gler aku camni!!
Oh kekuatan, balek la kepadaku!
Oh semangat, muncullah kau!
Abracadabra! Phush siaplah kau 10,000 words.
Argghh (menjerit2 smbil menarik2 rambut dan terus tido!)

Sunday, 25 October 2009

Allah sayang kita sgt.

Salam,
1st of all, thanks semua org. Alhamdulillah zati da ok=). I found my strength dan aku rasa aku perlu lebih kuat. Ujian Allah kat aku sikit je kalau nak dibandingkan dgn orang lain. Kepada kawan2 yg sedang diuji, be strong! Solat jgn tinggal, jadikan Quran teman rapat. Time2 kite serabut camni la syaitan seronok kacau sbb iman kita lemah. Mula la kita nak salahkan Allah. Nauzubillah.

Ya Muqallibal qulub. Tsabbit qulubana 'ala diinik.
Wahai Tuhan yang membolak balik hati. Tetapkan hati kami atas agamaMu.

Jangan cepat melatah atau menyalahkan Allah tak adil atau nak susahkan kita je. Atau menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tu. Allah hukum hambaNya yang Dia sayang di dunia ini lagi dgn bagi segala macam ujian, maka selamatlah orang itu di akhirat. MasyaAllah sayangnya Allah kat kita dengan menyelamatkan kita drpd penderitaan api neraka yg lagi2 dahsyat drpd derita di dunia. Org yg bersabar dgn ujianNya akan diberikan pahala dan org yg mengeluh sebaliknya.

“Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan pahala tanpa hisab.” (Az-Zumar:10)

Allahu'alam.

p/s-be strong!

Saturday, 24 October 2009

Boo!

Salam,

1. 1st of all, sorry entry before2 byk yg sedih2. Bkn ape, rasa takut nk blk M'sia n face reality in Malaysia sbb terlalu selesa hidup di UK. huhu. Best ape, allowance byk kot. hoho

2. I need strength to do my dissertation. Pray for me guys!!

3. I'm thinking of quitting blogspot. Should I or Shouldnt I? Da takde semangat nak tulis. Lagipun korang leh check aku kat facebook.

4. Ah xnak balik M'sia!!! Nak balik Perlis jer!!! bole ker?

5. I'm thankful to have Mak dan bapak. Nak harapkan ko? Harapan palsu semuanya! Boohooo!

6. My passion is shopping but right now, I'm not thinking of shopping anymore. Xda smgt. Boo one more time!

7. Plan aku semua rosak dan aku kecewa, teramat.

8. Aku da penat.

9. Jumpa semua di Jannah nanti.

Thursday, 22 October 2009

Terima kasih.

Terima kasih ya Allah,
kerana Kau menyayangiku,
Kau tidak biarkan aku terus lalai dengan asyik dunia,
lupa padaMU dan nikmatmu,
ujianMU mendekatkan aku padaMU,
menyedarkan aku yg hanyut,
itu tanda kasih dan sayangMU,
aku bersyukur.

Terima kasih ya Allah,
terima kasih kerana Kau kurniakan aku ibu dan bapa yg sgt2 memahami,
tidak jemu mengingatkan aku padaMU,
terima kasih kerana Kau kurniakan aku keluarga yg sentiasa berdiri teguh di belakangku,
bangunkan aku ketika jatuhnya aku,
terima kasih kerana Kau temankan aku dengan sahabat2 yg sudi menangis bersama,
yg tidak membiarkan aku terkontang-kanting keseorangan,
Aku bersyukur ya Rabbi.

La tahzan,
aku kuat kerana mereka dan Dia sayangkan aku,
kau mesti kuat kerana aku dan Dia sayangkan kau.

p/s-Moga dipertemukan kita semua di Jannah. 

Wednesday, 21 October 2009

Ya Allah, berikan dia kekuatan.

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.

"Ya tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah. Ya tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Rahman Ya Rahim, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Berilah kemaafan kepada kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir". 

(2:286)

Monday, 19 October 2009

Tenanglah hai hati.

Salam semua,

Ah sejuknya. Heater bilik aku ni plak cam idup segan mati takmo plak. Aku nk angkat wudhuk pon kena tunggu giliran, yela bila sorang dah bukak paip air panas, yg lain tak dpt la. Nak bantai ngn air sejuk, kensalam jer la. Aku rasa mcm dlm pantang, pakai stokin je memanjang. Perut sentiasa bekeroncong. Br 3 jam lepas ktrg mkn nasi, perut aku memanggil2 maknn lagi. Semalam ms stay up, terpaksa aku mkn oat dgn susu sbb terlampau lapar. Org ckp, best puasa time winter sbb puasa dr kul 6am-4.30pm. Kejap je. Tp ni baru autumn ye kawan2 prut da maen lagu isabela, kalo winter agaknya lagu jinbara la kot. huhu. Hati tak tenang lately nie. PMS agaknya. Nak buat keje pon susah.  Mak kite pesan, kalo rasa tak gembira, baca la Quran. Kite pon ikut cakap mak kite. Alhamdullilah, terima kasih ye Ya Allah. Hanya Engkau aku mengadu. Mak kite jgk ckp, kalo hati kite tak tenteram, itu maknanye ada segumpal sifat2 mazmumah dlm hati kite.  Wah ape tu mak? Mak kite pon nomborkan la seperti yg dibawah,

1-Cinta dunia
Jgn terlalu berebut2 dan memburu2 hal2 dunia kerana dunia ini sementara. Sentiasa rasa xtenteram sbb nak semua benda tp ada yg xmampu. Ala2 shopping la, nk bli jam Gucci tp mhl sgt so asyik teringat ari2 sampai mkn pon tak lalu.

2-Tamak
Mereka yang tidak pernah puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak. Ouch!

3-Kedekut
Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk. Cpat sedekah2 jom! 

4-Riak
Allah tak suka sikap takabbur dan bermegah2 dgn apa yg kite ada. Sentiasa berlakon2 d hdpn org spy org memuji2. Wah leh jadi actor ye kau!

5-Pemarah
Xda kawan sgt. Yela takut la nk kwn, nnti ari2 mkn tapak tgn die. Hati org pemarah pon tak tenang sbb die akn dihantui rasa berslh tu.

6-Ego
Sentiasa rasa dirinya betul dan tak mahu mengalah. Confirm hati tak tenang, yela sbb sentiasa kena carik modal bg mengukuhkan hujahnya.

7-Pendendam
Ibarat mengumpul lava dlm diri. Bila lava dlm diri, panas weh semestinye takleh duduk diam. Tunggu peluang je utk meletus mcm gunung berapi n bls dendam.

8-Hasad dengki
Sape je org dengki ni tenteram hati die? Dia tidak senang duduk melihat kejayaan orang lain.

9-Tidak sabar
Selalu tergesa2 dan pentingkan diri. Kite sll tgk org tak sbr nie mcm cacing kepanasan je. Duduk slh, berdiri slh, baring plak die trus tdo.

Mak da abes kasik peringatan. Mak pesan, sampaikan pada kawan2 kite sbb tu kite tulis kat sini. Ok la ye, kite tdo dl. Mintak maaf semua, kite maafkan semua orang.