1) Kalau complaint apa2 cepat je diorang bagi response dan bertindak.
2) Boleh sembur minyak wangi jenama mahal tanpa rasa rendah diri di kedai.
3) Boleh masuk kedai mahal2 tanpa pandangan yang menjengkilkan dari salegirls walaupun hanya berselipar bodoh. Er helo, kalau omputih kau bukan main layan. Padahal depa cukup2 duit ja pi travel tu, bukannya kaya pun. Boohoo!
4) Pakai tudung colour tak matching dengan baju tanpa rasa segan.
5) Boleh berlagak pakai trench coat. Kat Msia jangan haraplah. Panas! Tapi aku trench coat sehelai pon takdak. haha
6) Boleh sepahkan baju yang dah dilipat tanpa kena marah walaupun salegirl depan mata tengah susun baju tu.
7) Kalau lambat 30 minit masa appointment doktor, boleh marah nurse. Nanti dia mintak maaf. Bukan kita yg kena marah sebab tanya nurse tu bila doc nak jumpa kita. Sadis2.
8) Ladies first. Wehoo. Kalau nak masuk kedai ke apa2 yang ada pintu, masuk selepas lelaki, sebab dia akan hold pintu bagi kite masuk dulu. Best woo!
9) Takyah susah2 mandi 3 kali sehari sebab takkan berpeluh kalau tak buat apa2. Tapi make sure jgn mandi 3 hari sekali. Kesian hidung orang lain. hee.
10) Dapat travel Europe. Kalau kat Msia tak dapatlah eden. Kahwin dengan orang kaya je la kot baru dapat. :D
11) Last tapi bukan terakhir, sebab kawan2 kat sini best! Ah confirm rindu suasana persahabatan di sini.
Macam mana best pun sini, aku tetap suka Malaysia. Di situ aku dilahir dan dibesarkan. Orang kata hujan snow kat negeri orang, hujan lebat kat negeri sendiri, baek hujan lebat sebab kalau tak hujan nanti panas. hee. Bukan aku nak poyo2 tulis kat atas tu, tapi itu hakikat. Kalau nak tulis "Kenapa aku suka Msia", panjang sangat kot list dia. So, baik aku tulis kenapa aku suka duduk sini :D


