RSS

Friday, 27 November 2009

Fuh.

Alhamdulillah. Boleh menarik nafas lega. Rasa lapang sekali rasanya dadaku ini. Esok submit dissertation. Doakan yang terbaik ye! ^_^. Tawakal aku sekarang.

Esok Eidul Adha. Wish all the Muslims in the world, Eid al-Adha. May Allah bless us always. Jangan makan je lebih raya2 nie, amalan pun lebih la juga :P. Peringatan untuk aku juga. Hoho.

Now, counting days for exam and then Malaysia here I come!! Tapi sedih la pulak nak tinggalkan bumi UK ni:(. Huh tak nak balik! Ah tak sedar diri betul.

Thursday, 19 November 2009

Kalau ada sumur di ladang...

boleh kita berjumpa lagi...

Sapa terer carik aku dalam ni :P

SK Paya, Perlis tahun 90an. Rindu kawan2 aku sekolah rendah dulu. Dalam minggu nie, aku berjaya jejak kasih beberapa kawan2 lama aku. Demn! Makin cun2 hampa semua. Jeles aku yg tak berapa cun ni. hahaha. Credit to facebook btw. Jangan ingat facebook tempat orang main Mafia Wars je :P. Al kisahnye, aku join group budak2 sekolah rendah aku ni. Browse punya browse group members dalam tu, aku nampak satu nama yang hampir2 aku lupa sudah. Arghhh! Tersengih aku lalu menekan butang 'add as friend'. Aku admire si budak ni masa aku darjah 4. Dia masa tu darjah 6. Aku selalu curi2 tengok dia dulu dan semestinya dia tak layan aku yang selekeh ni. hoho. Then kitorang tak pernah jumpa walaupun duduk satu negeri dan rumah dia pun 2km dari rumah aku je. Walaupun dia tidak secomel dulu lagi, tapi bagi aku dia tetap comel. Hee rabun weh. Terus aku chat dengan dia dan dia agak tertanya2 camna la aku boleh ingat dia. Aku pon cakap la aku dulu peminat dia. Ha ambik ko, berterus terang giler. Well, aku pun dah besar. Cerita berbelas tahun dulu x malu la. Kalau sekarang, mau aku tersipu2. Kahkah. 

Betul la orang cakap, jodoh pertemuan di tangan Allah. InsyaAllah kalau kita berjodoh nanti, kita jumpa lagi =). 

Thursday, 12 November 2009

Apa khabarmu di sana?

When I woke up this morning, I wish today is yesterday.

Losing makes the heart grow fonder. Demn!

Monday, 9 November 2009

I can see Deadman!

Masa mereka2 meraih undi untuk cari presiden, bersepahlah banner kat sekeliling marjon ni. 

"Vote for Unwin!"

Lor dalam hati aku, dah tau tak menang, buat apa suruh vote. Ironi sungguh!

Ada lagi sorang candidate ni surname die Deadman. Aku vote untuk dia jugak sebab nama dia cool. haha. Korang bayangkan kawan korang bercerita lebih kurang camni la,

"Last night, I saw Deadman lying on your bed."

Mau ternganga mulut ko melopong meleleh air liur basi ko. Org mati tidur atas katil ko weh. 

p/s-Letak nama untuk anak2 biarlah yg ada maksud baik. Sekaligus orang yg panggil mendoakan mereka=).

Sunday, 8 November 2009

Kita best ape.

I came across this quotation when reading for my dissertation, 

"Cultural outlook of children who start to learn a foreign language is wider than that of monolingual children who often believe that their own culture, their language and their customs are the only ones that matter in the world." 

Sebab tu orang tua2 ckp, If you know more than a language, then you are not English. Org putih tau satu bahasa jer iaitu English (mostly n a lot). Sbb tu kalau kitorang cakap bhs melayu, diorg agak jeles sbb confirm la kitrg tengah mengata diorang. hoho. Ape klas mengata dlm bhs omputih. Nak kena pelempang free bole la. Then diorg tak bother pon nk tau pasal org lain sbb diorg rasa diorg dah superior. Dah terbukti dlm quotation di atas. Last year, in a class, there was a group of them talking among themselves about Somalia. Aku tak mampu menahan telinga daripada curi dengar. Haish nakal betul telinga ni. They had no idea that Somalia is a country and didn't know where Somalia is. Ceh, aku yg lemah geografi ni pon tau. Malu la weiii. Alamak teremo plak. 

Dan patut la kita Melayu terlebih aware pasal other culture. Sampaikan serap la budaya tu masuk dlm badan ni ha sebab katanya nak pandai English kena la jadi org putih. Tapi kadang2 aku tgk, baru boleh cakap English setakat I dan you tapi minum arak dah mengalahkan mat saleh. hoho. Apa kes?

p/s-Tak yah la berangan nk jadi mat saleh. Diorg sikit pon tak hingin nak jadi cam kita yg best nie.

Sunday, 1 November 2009

Because u r my mom...

Dah seminggu berlalu. Mak masih risau. Bertanyakan sama ada aku ok ke tak. Maafkan anak mak ni buat mak risau. Adik dah ok mak walaupun kesedihan itu masih bersisa. Tapi adik yakin Allah sediakan jalan yang lagi indah kat depan sana. Semalam masa usrah, kawan adik cerita kalau kita diuji kita kena bersyukur at least kita ada muka lg. Adik bersyukur sbb adik ada mak dgn bapak yang super best, yg tak pernah memaksa, yg sentiasa igtkan adik pada Allah. Dah tak sabar nak balik rumah. Mak ckp, nanti balik boleh teman gi jalan2. Kan kita nak gi doa kat Jabal Rahmah sama2 nanti. Lepas tu kita nak pegi jenguk che asma kat egypt.Lepas tu byk lagi la. Tak sabar!! Byknya plan! And I know, u will keep ur promises cause u r my mom. Mak takkan hampakan anak2 makkan? I love both of u so much.

It's 1st of November. Tahniah utk aku sbb aku rasa bulan lepas, catatan entry aku plg tinggi kot. haha. Mane pernah aku post entry byk2 gitu. Good bye October 2009. Kena pikir azam bulan 11 nie! :D

_______________________________________________________
Been listening to jiwang's songs lately. N this time I want to dedicate Pesanan buat kekasih by Spring to my best buddy. Hoho

Thursday, 29 October 2009

Fly me to the moon...

Perut aku panas! Tolong! Tolong! Mungkin usus besar aku sedang bersusah payah menghadamkan cili kering yg nyaris semasa menggorengnya mengeluarkan api yg mungkin membakar muka aku yg tak berapa cantek tp sempurna sifat ini. Wah aku ala2 masak kat kedai mkn Cina yg tiba2 ada api menyambar tinggi. Ha pandai la ko zati. Sebut pasal masak2 nie, Jamie Oliver mungkin akan dtg Marjon. Aku ckp mungkin. Takmau la mengharap sgt, kang menonggeng. Tp kalo die mai, abg Jamie...aku nak signnnn!!! Sy peminat fanatik abg!!! Show Chef bogel tu sy tgk dl kat M'sia. Alamak lucah plak bila dialih bahasa. Oh abg Jamie!! Wuhuuuu!!

Last week, kawan sekolah aku baru sampai Zag Zig, Egypt. Die ajak pergi sana sblm balek. Bagus gak tambah2 confirm aku tahap bosan cipan bulan 12 nie. Blom check tiket lagi dan aku tak tanya mak bapak lagi. Tp confirm diorg tak kasik tmbah2 aku pegi sorang. Tp bole wat surprise, tepon dr Egypt. Guess wat mak?? U wont believe la mak, I'm in Egypt now!! Yuhuuu!! Bernas tak idea aku? hahaha.

Rasa bersalah pulak tak kongsi ape2 dlm post ni. So memandangkan perut aku panas dan aku agak takleh tido ni, jom kita amalkan ape Rasullulah pesan. Bukan time takleh tdo jer zati oiii, ari2 la.

Rasulullah pesan kpd Aisyah RA,
Jangan tidur sebelum melakukan 4 perkara,
1. Sebelum khatam al-Quran. Oleh itu, bacalah Al-Ikhlas 3 kali.
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat. Oleh itu, selawat ke atasku dan para nabi sebelumku.
3. Sebelum para Muslim meredai kamu. Oleh itu, beristighfarlah utk para Muslimin.
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah. Oleh itu, bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbirlah atau dlm bhs lainnya SubhanAllah, Alhamdulillah, La ilaha illallah, Allahuakbar.

Allahua'lam.

Btw, aku nak tujukan lagu Dia oleh Fauziah Latif kepada sahabat yg jauh di mata tp dekat di hati. Sahabat yg dekat di mata dan dekat di hati pon bole dgr. Tak slh. :P

In other words, I love you!