RSS

Sunday, 30 November 2008

Belgium update!

hoho Belgium update! Org laen sebok buat assignment, aku sebok hupdate blog. Mmg cari nahas! Ktrg g Brussel, Belgium last week. Aku tak sempat tulis panjang2 memandangkan 3 assignments duk panggil2. 

-Lots of Muslims in Brussel. Msk train je tgk ramai gler org pakai tudung. Smpaikan ktrg taktau mane local people. Tgk sume muka arab saje.

-Brusseliers speak French. Some speak Dutch. Tp English ramai yg boleh ckp.

-Sejuk woo. Even ada mcm salji sket2 turun. Smpaikan my fren ada yg skt kpl la. hee

-Famous for waffle and Belgian choc.

-Ada one time tu ktrg kluar, budak2 cuti. Diorang minum tak igt dunia. Siap buat ritual kencing2 lagi. Euw!

-Kalo korang nak bli sourvenir, mesti ada gamba budak laki pancut kencing. Ade sejarah di sebalik tu. Kalo nk bli kat parents cam tak appropriate jer. huhu

-Sourvenirs mahal. Jgn la korang harap aku bli pape kat korang. huhu

-Pape pon best! Xlarat tulis dah. Tgk gmba jer la kat bawh ye.

In front of our hostel. Great hostel with great facilities. Leh msk megi.
.
Hoho scandal Tiku. haha. He's nice. From Morocco. Tourist guide ktrg. Last2 ktrg guide diri sndiri. huhu
Grand Place waktu malam. Cantek!
Theatre Royal.
Terowong masa depan. haha. Inside the atomium.
Atomium. Ktrg naek yg bulat yg plg tinggi tu. Smpai nak muntah2 la sbb die begoyang2 cam ditolak angin.
View from atomium.
The Spirit of Europe. Byk model tmpat2 menarik serata Europe.
Tempat ni tak sure nama ape. Maen pegi jer. Kawan2 yg laen tau kot. Mmg cam budak2 diorg neh. haha
Winter's approaching. Daun2 sudah lama gugur.

Music Museum kot nama die. Again, aku maen pegi jer.

p/s-Brussel's best!

Saturday, 29 November 2008

Dear Kak Ani

Dear Kak ani,

Tahniah! Dah grad pun hang. Congratulations! I cant attend ur convocation but still my doa is with u.i'm very proud of u. U are my sister since i was born. Ye la, hangkan kakak kandung aku. haha. We've been through ups and downs. U know what i mean. We used to gaduh and didnt talk with each other because ur perangai is totally different from me. I'm more lembut and u r more keras hati. Sometimes i wish i can be like u. Keras hati and people wont have any chance to make me cry. U are very protective towards me. Eventhough u sometimes taktau macam mana nak express ur love, but i know deep inside u, u want to protect me because u know ur younger sister is very soft and people always bully me. Anyway, u used to bully me too when we were kid. Ur cubitan, adoi saket tau. U always made me cry (u know that). But dont worry, i forgive u already. Eventhough u look tougher than me, tapi lagu semua mau jiwang. haha. I cant tahan that part. I listen to Linkin Park and u choose Noraniza Idris and sometimes Spoon. That time, i realize even u look more ganas from the outside, rupanya u r soft from the inside. 

Heard from bapak that u got hired already. Congrats and alhamdulillah ang dah tak habiskan beras kat umah jer. haha. Keje rajin2. Memandangkan only u left at home, take care of mak and bapak. Be more mature. Go and help mak more frequent. Mak and bapak bkn kuat mcm dl. Try to make them happy as much as u can. When u are away like me, u know how it feels when there's no one to turn to. I have very good friends here but it different u know. No one to scold and ask u to do anything. No one to say NO or atur ur life. No one to mintak duet from. I miss that. Appreciate them b4 u still can live under the same roof. Btw, thanks to u because if it's not because of u who force me to go for netball practice, i wont be terror like today. Dah lama i want to say that. And u r the one who paksa me to go inside the court and play GA. U said that pegi maen posisi GA nanti ang leh shoot. I just ikut u because i kan takut with u. Thanks for the paksaan. Kalo tak, i wont be like i am today. I wont play for school and not even for Perlis and i dont think that i will play other sports too. Hang ni kira pencetus semngt aku menceburkan diri dlm dunia sukan la kiranya. Ha bangga la tu.

Walaupun aku ni dah biasa jadi mcm kakak (admit that i'm more mature), still i respect u as my elder sister. Pround to have u as my sister. I sayang u and i'll hurt if someone say/do something bad to u (seriously!).
Lots love,
ADIK
She's good in stealing my baju. I use to it anyway. During the convo with mak and bapak. The bouquet tu msti die paksa mak bli. haha.

Wednesday, 26 November 2008

Hati tersenyum.

Semuanya keranamu,
Dirimu tetap dihatiku selagi diri ini masih bernafas.

senyum :)


Tuesday, 18 November 2008

Aku bercerita.

Sejak berpindah department, masa aku lebih banyak. Dulu aku jadi pencuci di Children's day bed. Tapi tiba2 satu hari tu aku pegi keje Pedro si supervisor cakap aku dipindahkan ke Nuclear Medicine. Hurm mula2 aku macam tak gembira jugak. Sebabnya aku sangat tidak suka benda mengejut. Ye la dah aku seronok2 sesuaikan diri dekat department lama tu tiba2 je kena tukar. Walaupun department lama aku tu macam ape jer. Korang bayangkanlah hari2 walaupun sekilat atau sebersih mana aku cuci department tu, tetap ada komplen dari makcik nurse. Kecik hati aku baca komen2 yang menusuk tu. Sampaikan kadang2 aku macam malas nak cuci kilat2. Tapi sebab aku nak gaji halal, aku ttp buat elok2. Lagi satu, nama Nuclear Medicine tu dah buat aku kecut. Yela nama dia gila gempak. Mesti banyak atom2 dalam tu. Dulu masa belajar kimia, cikgu aku adalah cakap nuklear2 ni bahaya. Aku takut la nanti aku p duk cuci2 department tu balik2 kulit aku tak lawa ke ape ke. Ni dah masuk 3 minggu kot kalau aku tak salah kira aku cuci Nuclear Medicine department ni. Dah lah department dia lagi bersih, staff2 dalam tu pun sangat baik. Jean akan tanya aku ada masalah ke tak. Si Nick pulak tanya boleh cari jalan tak dalam department ni. Jean awal2 dah bagi semangat kat aku, "oh tat's y it's cleaner, because u r the one who clean this department now". Ni barulah bersemangat. Memandangkan department ni bersih, kecik dan takda masalah sangat, kadang2 pukul 8.30pm aku dah siap keje. Sepatutnya aku keje sampai 10pm. Dah abes magazine aku baca (ceewah). So aku akan buat kerja lambat macam siput bgi aku abes lambat. Hari ni aku tolak baldi mop pakai kaki (nak tunjuk wat slow la tu). Sekali entah mana silap, berterabur air tu atas lantai. Ha ambik! Memang aku ada keje tambahan. Laplah aku lantai yang sepatutnya aku mop. Memang padan muka. Hopefully air bawah almari tu tak keluar. Jatuhlah reputasi aku nanti. Isk2. Wait and see till tomorrow. Dah merepek. Tidur dulu! Esok kena bangun pagi. Selamat malam bulan, selamat pagi matahari!

Sunday, 16 November 2008

Malu, kami malu!

Orang lain membeli-belah untuk Krismas, kami pun sibuk membeli macamlah nak sambut juga. Jarang sekali boleh ke bandar dek kesibukan kerja. Ecewah! Tapi ye memang susah nak keluar hari bukan minggu. Hari ni keluar pun sebab hendak tukar duit. Minggu depan mahu berjalan2. Walaupun inflasi, tidak sedikit pun mengganggu rutin berjalan kami. haha. Ha ini kisah hari ini. Masa tengah berjalan2 tu terberhenti sekejap dekat kedai Animal. Pilihlah kami baju2 dan seluar2 yang kami suka. Kebetulan pula ada promosi, free backpack for above GBP75. Bila dah dinamakan perempuan, asal nampak perkataan FREE apa lagi menggelabah la sekejap. Bila ditambah2 barang2 yang hendak dibeli baru dapat 2 beg percuma tapi kami bertiga. Macam mana ni? Tambah la satu barang, satu lagi barang sampailah jumlah harga membolehkan kami dapat 3 beg percuma. Duit dalam current account semua orang dalam GBP100 je. Memandangkan dalam current account I ada lah lebih beberapa puluh dari mereka, I lah diminta mendahulukan bayaran. Memula I risau jugaklah takut tak di terima sebab tak cukup duit dalam akaun. Tapi setelah diyakinkan oleh Nad dan Hana, I pun percayalah. Masa bayar tu, I dengan tenangnya masukkan kad. Sekali jurujual tu bagitau kad I tu di decline. Haish malu! I malu, kawan2 I pun malu. Jurujual tu tanya nak cuba sekali lagi ke? I dengan konfiden cakap tak sebab I tahu duit I memang tak cukup. Apa lagi call lah penyelamat kami di rumah sana. Mintak tolong Nana Patekariah transferkan duit dari Internet saver ke current account. Lamalah juga berdiri depan kaunter tu. Malu haish malu. Rasa macam orang bankrup saja. Ala macam dalam tv, orang yang beli barang banyak2 tu lepas tu masa nak bayar tu kad diorang kena reject tu. Orang keliling tengok saja. Isk2. Untuk pengetahuan semua, account bank I ada 3. Current account tu je yang boleh digunakan. Yang 2 lagi account tu tak boleh ditransaksi pakai kad. Jadinya, setiap kali nak keluar atau membeli barang, I baru transfer duit dari account tabung ke current account kat internet. Kat sini belanja tak pakai tunai. Semua pakai kad debit. I transfer sikit je. Manalah I expect nak belanja banyak macam ni hari ni. Malu! Tapi mampus kami tak layan. haha.
Semua dari Animal. Sweaters, messenger bag, t-shirts, trousers and free bags.
Today's hunt, addition: England Jersey, books, fragrance.
Kayo pakcik kedai kayo. Kopak poket kopak. Adeh!

Sunday, 9 November 2008

Notts Games.

Back from Notts Games. 5 hours journey by bus. Impressed by the university. Ya la, Marjon apa la sangat compared to Uni of Nottingham. huhu. Sangat besar dan cantik. Baru la nampak it's autumn. Siap ada pokok epal lagi dalam tu. Marjon sent 3 teams-netball, football 5-a-side and badminton. Eventhough we didnt make it to the final, we did very well. Well done everyone! I would like to thanks everyone in Netball team and not to forget, the supporters yang sangat BEST. THANK YOU VERY MUCH! We played very well. Really. I dont expect that we will win most of the games at the beginning. But then, we did it! Eventhough we lack of training and sometimes not all the players turned up during training due to some excuses, we still have ONE GREAT NETBALL TEAM at last. Thanks and sorry for my wrong doings during training or during the games.

We had great time there. Walaupun seat bus yang sempit and acapkali terjaga. Thanks anyway to mak for the kuih raya brought to me by abg. And thanks lagi to abang sebab belanja kitorang. Mesti menyesal datang jumpa your adikkan? Xpasal2 kena pau. haha. Dont worry, if u come here we'll treat u, food and accomodation free. No prob. Kan housemates?


The arrival. It's autumn here.

Supporters yg besh!
It's MJ. hehe

It's freaking cold. Wear jumper all the time.

With Minister of Higher Education.

The Jurugambar and his pembantu.

With our abang. Suddenly u got so many adiks.

Apples.

Saturday, 1 November 2008

Jangan terlalu mencari kesempurnaan.

Jika kamu memancing ikan.... 
Setelah ikan itu terlekat di mata kail, 
hendaklah kamu mengambil ikan itu.... 
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia 
semula ke dalam air begitu saja.... 
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya 
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. 

Begitulah juga ........ 

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... 
Setelah ia mulai MENYAYANGIMUhendaklah kamu MENJAGA hatinya.... 
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... 
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu 
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu.... 

Jika kamu menadah air biarlah berpada, 
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia 
begitu teguh.... cukuplah sekadar KEPERLUANmu... 
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang.... 

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.... 
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... 
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA.... 
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... 
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. 

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.... 

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... 
yang kamu pasti baik untuk dirimu.Mengenyangkan. Berkhasiat. 
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. 
Terlalu ingin mengejar kelazatan. 
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL. 

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... 
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. 
Terlalu mengejar KESEMPUNAAN. 

Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..Kamu juga yang akan MENYESAL....

f.n-it's forwarded email. Terasa untuk berkongsi. Fuh dalamkan maknanya?