RSS

Monday, 29 September 2008

Raya esok.Yeay?/!

Pic credit to iZone

Esok hari Selasa dah raya. 29 hari berpuasa di sini. Perasaan aku? Entahlah. Rasa macam takde perasaan pun ada. huhu. Happy pun tidak, sedih pun tidak. Rasa nak demam ada la. haha. Ni semua sakit tekak punya pasal. Tapi kuih raya semua dah siap. Tunggu la jemputan ke rumah terbuka kami House 20. Ni 1st time raya tanpa family. Nanti bile dah sambut, br leh cerita perasaanku. I want to wish everyone Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maafkan segala salah dan silap. Halalkan apa2 yang patut. Kosong2 e? 

Muka2 yg kena raya dalam kelas.

To my family back in Perlis, even if i'm not celebrating Hari Raya with u all this year (and maybe next year), my duit raya still available kan? haha.

Hope everyone having great day! InsyaAllah.

Sunday, 21 September 2008

Mood: tired.

worked 2 days in a row. From 6.30am till 5-6pm was not at home (now i know perasaan org bekerja). Lazy + tired, but then who will give me money without working? haish. Yesterday we worked at the new caravan site. We like the new place much2 better. The staffs are super nice compared to our previous majikan plus they didnt put too much pressure on us. Just imagine, we only cleaned 4 caravans yesterday. Before this, 8 caravans. They treats us like friends. We dont want to go to "previous caravan site" anymore. Hope Kate will tell Paula that she wants us back next week. We want "the new caravan site"! (hardly to remember the name.huhu)
*menguap smbil tekan "publish post"

Saturday, 13 September 2008

Catatan Scotland 3

RABU 100908 - KHAMIS 110908

Hari ni hari terakhir kami di Scotland. Esok pagi pukul 6am kami akan pulang ke London. Kami berjalan2 di Glasgow. Tempat pertama kami pergi adalah Science centre. Mulanya tak mahu masuk sebabnya rugi masa. Tapi masa dekat luar tu, makcik yang jaga kaunter tu datang dan bagi offer cakap GBP1 jer. Walaupun offer tu untuk time summer dan sekarang sudah masuk autumn pun, dia tetap baik hati ajak kitorang masuk. Sgt baik! Glasgow Science centre lebih kurang dengan pusat sains negara (rasanya la, aku pon xpnh p).

-Entrance Glasgow Science Centre-

-Magic! Kepala tanpa kaki.haha-

Selepas itu, berjalan2 lah kami di bandar Glasgow. Hujan lagi. Tapi tak apa, payung dah dibeli. Melawat Kelvin Grove art museum, transport museum dan juga Glasgow University. Selepas itu, kami bercadang kembali ke Edinburgh untuk merasai pengalaman hantu2 ini. Edinburgh kaya dengan cerita hantu. Kami ke Auld Rikkies. Menurut brochure, this is the most scariest underground. Hurm takut la juga. Kepada sesiapa yang penakut, dinasihatkan jangan pergi. Dan juga kepada sesiapa yang tidak tahan bau gua yang mampu menyesakkan hidung, jangan pergi juga. haha.
-Kelvingrove Art Museum-

Kami berbuka di Khushi's restaurant. Kedai makan yang agak mewah tapi murah. Ayam tandoori dan juga Mango lassi, kesukaan sy! haha.
-Tandoori + Nasi pilau + Sayur ape ntah + Papadom-
Kami pulang ke Glasgow dan terus ke Prestwick. Kami tidur di Prestwick. Ingatkan kali ni dapat lah tidur dengan lena sebab lantai karpet. Tapi sempat tidur 2 jam saja, terus bangun sebab sejuk. Ada ke buka air cond? isk2. Kami terus ke prayer room. Hana dan Mira sudah berbaring nak tidur sementara menunggu Subuh. Tiba2 mak cik security datang terjah dan menghalau kami keluar. Dia cakap kami tidur di situ dan tidak bersembahyang. Masa kami berkemas2 hendak keluar tu, dia datang sekali lagi menunjuk2 suruh kami keluar. Peristiwa itu disaksikan oleh Mak cik Gemok cleaner. Masa solat Subuh, Mak cik Gemok dan abg Kepoh cleaner melihat kami dengan penuh wasangka. Mereka telah memberitahu orang atasan mungkin. Huh sangat la menguji kesabaran kami ketika itu. Rasa macam penjahat yang diburu. Mereka bergosip2 di tangga dan mengata2 kami dalam bahasa mereka. Huh!

Sampai di London dalam pukul 8 pagi. Kami terus ke Burkingham Palace. Mahu melihat Queen Elizabeth. haha. Kami berjalan2 ke Harrods, Covent Garden. Tapi disebabkan terlampau penat (yela tdo 2 jam je smlm) kami bercadang terus saja ke M'sian hall untuk membeli makanan berbuka. Dah la tak ada sale. Benci! Saya dapat makan sup ekor dengan sotong kering hari ini. Best! Kami sampai di Plymouth sekitar pukul 12 malam.
-Harrods. Barang-barang jenama mahal di sini-
-Burkingham Palace. Orang2 itu menunggu di tepi pagar mengharapkan Queen keluar. Isk.-
The end

Catatan Scotland 2

SELASA 090908
Kami meneruskan perjalanan ke Edinburgh. 1 jam lebih perjalanan ke Edinburgh dari Glasgow menaiki train. Sampai saja, hujan pun menitik ke bumi. Terus kami masuk saja bangunan untuk mengelak hujan. Kami telah masuk The Edinburgh Dungeon. Gelap dekat bawah tu. Ada seorang lelaki berambut panjang menunggu sambil memegang kapak besar. Sambil berdiri dia menghentak kapak itu ke lantai sambil memandang dengan pandangan yang menakutkan. Sambil berjalan ke kiri dan kanan dia telah menyuruh kami masuk. Hana sudah mengajak keluar kerana takut lelaki itu membunuh kami. haha. Kami berjalan ke depan dan tiba2 dia mengetuk lantai itu dengan kapak sekali lagi membuatkan kami menjerit dan berpatah balik ke belakang. Hana dan Mira sudah bercadang2 untuk beredar. Melihatkan itu, dia terus meletakkan kapak itu di tempat yang lain. Bersusah payah saya menarik dan memujuk kawan2 saya untuk masuk. Kalau kami beredar, mesti abang itu dipersalahkan sebab dia telah menakutkan pelanggan. Tapi dr sudut yg lain pula, dia berjaya melakonkan watak dia dengan baik dengan menakutkan kitorang. haha. Sangat besh! Anda2 yang mahu ke Edinburgh, jangan lupa melawat tempat ini.

Seterusnya kami ke Camera Obscura. Sangat menarik tempat ini. Kami boleh menukar wajah kami menjadi chimpanzee, dan juga baby. Kalau siapa2 yang berminat dengan ilusi optik, inilah tempat yang sesuai. Worth the money! 

-Mira, Zati & Hana dlm versi manga-

Edinburgh Castle. Sekadar mengambil gambar daripada luar. Ada dua orang perempuan dari Jepun dengan baik hati menawarkan dirinya untuk mengambil gambar kami tanpa disuruh. Memang sangat baik!
-Edinburgh Castle-

Seterusnya, kami berjalan2 tanpa arah di Edinburgh city centre dan end up di cemetery dan atas bukit. Kami pulang ke Glasgow pukul 8 malam. Berbuka makan keropok dahulu dan sekali lagi ke kedai Kebab tu. 
-atas bukit yang boleh nampak satu edinburgh (rasanya la...)-

-cemetery-
bersambung...

Catatan Scotland 1

Saya dan kawan2 telah selamat pulang dari Glasgow semalam, alhamdulillah. Perjalanan semuanya ok dan berjalan lancar walaupun puasa. Nasib baik puasa, kos makan2 dapat dikurangkan tambahan lagi kami bawa bekal megi. Macam biasa, pengalaman kami saya 'blog'kan di sini.=)

AHAD 070908-ISNIN 080908

Sampai di Paddington pukul 12 pagi. Hajatnya mahu tidur di stesen saja, tapi memandangkan tiada seorang pun yang berbaring mahupun tidur di situ, kami pun bercadang mencari hotel sekadar mahu tidur barang 2,3 jam sementara menunggu flight keesokan hari. Malangnya, tiada hotel yang mahu memberi bilik untuk 2,3 jam. Sewaktu kami berfikir dan berfikir, seorang lelaki (bukan mat saleh) datang memberikan tawaran, GBP60 ke airport Stansted. Berfikir banyak kali jugalah baru bersetuju setelah dia mengurangkan harga menjadi GBP55. Rupanya lelaki itu adalah orang prebet sapu. Setelah dibahagi antara kami bertiga, tidaklah terlalu mahal harga itu. Sampai di Stansted airport, kami mencari spot untuk tidur. Berbaringlah kami di lantai airport itu. Sejuk dan tidak berapa nyenyak tidur. Hana dan Mira pula sibuk bercerita. Bayangkan lah kami bertapa di airport itu selama +/-11jam. Sekali lagi, ini menjadi pengajaran kepada kami. Jangan sekali2 berangan mahu tidur di stesen keretapi. huhu. Seperti biasa, Ryanair menjadi pilihan hati kami. Dan seperti biasa juga, Ryanair akan lambat berlepas. haish.

Kami tiba di Prestwick airport pukul 2pm camtu. Dari Prestwick, kami menaiki keretapi ke Glasgow central selama 55 minit. Sampai di tempat penginapan, kami terus bersiap2 dan kononnya mahu keluar jalan2. Tapi kami tidak mampu berjalan jauh, hanya sekadar keluar mencari makanan berbuka dan juga sayur untuk memasak megi. Tempat tinggal kami agak jauh dari city centre. Perjalanan yang memenatkan. Naik flight saja terus tidur. Dulu ingat lagi masa kecil2 naik flight saya tidur. Mak cakap rugi la naik kapal terbang tapi tidur. Tapi sekarang dah rasa bosan naek flight. Tambah2 kalau delay. isk. Berbuka makan Kebab, Nasi+ayam goreng, Fish & Chip. Setiap satunya sangat lah besar sampaikan kebab saya itu mampu dimakan 3x. Kami bersahur megi+telur+sayur. Memandangkan tempat tinggal kami itu menyediakan dapur, kami menggunakan dengan sebaiknya. Glasgow sejuk hari itu dan juga hujan.

-Plymouth train station-
-Ryanair, the most punctual low cost airline (tipu!)-

-Prestwick airport train station-
bersambung...

Friday, 5 September 2008

Story of my permata hati.

It's been 7 months i'm away from home. Left those cuties, Raihah and Rahwani behind. I miss them. Last 31st August 08 another cutie was born (ank merdeka tu). Congrats abg and kak Nani!! Another female in our family. Bring her here. I dont mind babysit her during weekend, pay for train ticket sudah =P. Kak ani sent me some videos of my two nieces. Rahwani dah bole berjalan. Raihah dah petah bercakap, dah pandai menari lg. Oh! Bring them here! (not i'm going back.haha). Here some pics of my permata hati (biasa la xda ank sndiri laie, tumpang kasih ank2 sdara jer.huhu).

Fauzan and Nani junior. (Da ada nama ker?lupa nak tanya mak td)

Feb 2008

Nurin Raihah. Short hair. Know how to pose for camera already (if she's in a good mood la)

Nurin Rahwani. Still tdo nganga mulut ker? hehe.

Recently, August 08 (pics credit to Kak Ani)

Rambut akak Raihah dah panjang. Look at those fingers! Chubby!

Adik Wani dah pandai bergaya. hehe. Chubbier than b4.

Wednesday, 3 September 2008

Taubat di hening Subuh.

Tuhanku,
aku tidak layak masuk ke syurgamu.
namun tak upaya utk aku menghadapi neraka mu.
terima taubatku,
dan ampunkan dosa2 ku,
sesungguhnya engkau mengampunkan dosa hambamu.

Rabbana aatina fid dunya hasanah,
wafil aa hiro ti hasanah,
wakina ngaza bannar.
amin.