AHAD 070908-ISNIN 080908
Sampai di Paddington pukul 12 pagi. Hajatnya mahu tidur di stesen saja, tapi memandangkan tiada seorang pun yang berbaring mahupun tidur di situ, kami pun bercadang mencari hotel sekadar mahu tidur barang 2,3 jam sementara menunggu flight keesokan hari. Malangnya, tiada hotel yang mahu memberi bilik untuk 2,3 jam. Sewaktu kami berfikir dan berfikir, seorang lelaki (bukan mat saleh) datang memberikan tawaran, GBP60 ke airport Stansted. Berfikir banyak kali jugalah baru bersetuju setelah dia mengurangkan harga menjadi GBP55. Rupanya lelaki itu adalah orang prebet sapu. Setelah dibahagi antara kami bertiga, tidaklah terlalu mahal harga itu. Sampai di Stansted airport, kami mencari spot untuk tidur. Berbaringlah kami di lantai airport itu. Sejuk dan tidak berapa nyenyak tidur. Hana dan Mira pula sibuk bercerita. Bayangkan lah kami bertapa di airport itu selama +/-11jam. Sekali lagi, ini menjadi pengajaran kepada kami. Jangan sekali2 berangan mahu tidur di stesen keretapi. huhu. Seperti biasa, Ryanair menjadi pilihan hati kami. Dan seperti biasa juga, Ryanair akan lambat berlepas. haish.
Kami tiba di Prestwick airport pukul 2pm camtu. Dari Prestwick, kami menaiki keretapi ke Glasgow central selama 55 minit. Sampai di tempat penginapan, kami terus bersiap2 dan kononnya mahu keluar jalan2. Tapi kami tidak mampu berjalan jauh, hanya sekadar keluar mencari makanan berbuka dan juga sayur untuk memasak megi. Tempat tinggal kami agak jauh dari city centre. Perjalanan yang memenatkan. Naik flight saja terus tidur. Dulu ingat lagi masa kecil2 naik flight saya tidur. Mak cakap rugi la naik kapal terbang tapi tidur. Tapi sekarang dah rasa bosan naek flight. Tambah2 kalau delay. isk. Berbuka makan Kebab, Nasi+ayam goreng, Fish & Chip. Setiap satunya sangat lah besar sampaikan kebab saya itu mampu dimakan 3x. Kami bersahur megi+telur+sayur. Memandangkan tempat tinggal kami itu menyediakan dapur, kami menggunakan dengan sebaiknya. Glasgow sejuk hari itu dan juga hujan.


2 thoughts:
ryanair tu ala2 airasia ke? ke airasia lg punctual?? kekeke
kt sini ktorg ade jetstar. :D
nwy, sungguh sronok bace entry korg jln2. sungguh rase nk pg sane, tp ongkos tiada.ish ish
a'h lebey krg airasia. dlm 5kali ktrg naek, ade la skali die punctual. haha. xpe,ktrg tlg jln2kan utk alia.=)
Post a Comment