Hari ni hari terakhir kami di Scotland. Esok pagi pukul 6am kami akan pulang ke London. Kami berjalan2 di Glasgow. Tempat pertama kami pergi adalah Science centre. Mulanya tak mahu masuk sebabnya rugi masa. Tapi masa dekat luar tu, makcik yang jaga kaunter tu datang dan bagi offer cakap GBP1 jer. Walaupun offer tu untuk time summer dan sekarang sudah masuk autumn pun, dia tetap baik hati ajak kitorang masuk. Sgt baik! Glasgow Science centre lebih kurang dengan pusat sains negara (rasanya la, aku pon xpnh p).
-Entrance Glasgow Science Centre-
-Magic! Kepala tanpa kaki.haha-
Selepas itu, berjalan2 lah kami di bandar Glasgow. Hujan lagi. Tapi tak apa, payung dah dibeli. Melawat Kelvin Grove art museum, transport museum dan juga Glasgow University. Selepas itu, kami bercadang kembali ke Edinburgh untuk merasai pengalaman hantu2 ini. Edinburgh kaya dengan cerita hantu. Kami ke Auld Rikkies. Menurut brochure, this is the most scariest underground. Hurm takut la juga. Kepada sesiapa yang penakut, dinasihatkan jangan pergi. Dan juga kepada sesiapa yang tidak tahan bau gua yang mampu menyesakkan hidung, jangan pergi juga. haha.
-Kelvingrove Art Museum-
Kami berbuka di Khushi's restaurant. Kedai makan yang agak mewah tapi murah. Ayam tandoori dan juga Mango lassi, kesukaan sy! haha.
-Tandoori + Nasi pilau + Sayur ape ntah + Papadom-
Kami pulang ke Glasgow dan terus ke Prestwick. Kami tidur di Prestwick. Ingatkan kali ni dapat lah tidur dengan lena sebab lantai karpet. Tapi sempat tidur 2 jam saja, terus bangun sebab sejuk. Ada ke buka air cond? isk2. Kami terus ke prayer room. Hana dan Mira sudah berbaring nak tidur sementara menunggu Subuh. Tiba2 mak cik security datang terjah dan menghalau kami keluar. Dia cakap kami tidur di situ dan tidak bersembahyang. Masa kami berkemas2 hendak keluar tu, dia datang sekali lagi menunjuk2 suruh kami keluar. Peristiwa itu disaksikan oleh Mak cik Gemok cleaner. Masa solat Subuh, Mak cik Gemok dan abg Kepoh cleaner melihat kami dengan penuh wasangka. Mereka telah memberitahu orang atasan mungkin. Huh sangat la menguji kesabaran kami ketika itu. Rasa macam penjahat yang diburu. Mereka bergosip2 di tangga dan mengata2 kami dalam bahasa mereka. Huh!
Sampai di London dalam pukul 8 pagi. Kami terus ke Burkingham Palace. Mahu melihat Queen Elizabeth. haha. Kami berjalan2 ke Harrods, Covent Garden. Tapi disebabkan terlampau penat (yela tdo 2 jam je smlm) kami bercadang terus saja ke M'sian hall untuk membeli makanan berbuka. Dah la tak ada sale. Benci! Saya dapat makan sup ekor dengan sotong kering hari ini. Best! Kami sampai di Plymouth sekitar pukul 12 malam.
Sampai di London dalam pukul 8 pagi. Kami terus ke Burkingham Palace. Mahu melihat Queen Elizabeth. haha. Kami berjalan2 ke Harrods, Covent Garden. Tapi disebabkan terlampau penat (yela tdo 2 jam je smlm) kami bercadang terus saja ke M'sian hall untuk membeli makanan berbuka. Dah la tak ada sale. Benci! Saya dapat makan sup ekor dengan sotong kering hari ini. Best! Kami sampai di Plymouth sekitar pukul 12 malam.
-Harrods. Barang-barang jenama mahal di sini-
-Burkingham Palace. Orang2 itu menunggu di tepi pagar mengharapkan Queen keluar. Isk.-
The end
The end


3 thoughts:
ohhhhhhhhh...meja magick! nad sangat suka..ish2..nanti nad pi scotland nak pi situ jugak la.. hehe
hmm..lupa pulak. makcik cleaner gemok tuh nak kene nih! nasib nad xde..kalau tak, mesti dia dpt jelingan maut free! ahahahhaa
ble nad nk p scotland? ngn sape? haha. ha tu la. kalo nad ade confirm nad jeling depa nyer. haha
Post a Comment